PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

Sabtu, 11 Disember 2010

Penutupan PAPN

PAPN akan ditutup sepanjang 17-24 Disember 2010 untuk memberi laluan kepada Family Day Permata dan Kursus Team Building. Diharap semua ibu bapa tidak menghantar anak masing-masing sepanjang tempoh tersebut. PAPN akan dibuka semula pada 27-31 Disember 2010. Pendaftaran anak baru sesi 2011 adalah pada 3 Januari 2011. Pendaftaran anak yang lain adalah pada 4 januari 2011.
Continue Reading...

Selasa, 7 Disember 2010

Pemeriksaan Gigi

Pihak pergigian daripada Klinik Kesihatan Kota Samarahan telah datang ke PAPNKS pada 6 Disember 2010 (Isnin) yang lalu untuk membuat pemeriksaan gigi terhadap anak-anak 3 dan 4 tahun. Seramai 4 orang pihak pergigian yang telah datang. Pemeriksaan tersebut dijalankan di dalam Bilik Aktiviti Anak 4 Tahun.
Anak-anak diperiksa seorang demi seorang. Semua anak-anak yang diperiksa memberi kerjasama semasa diperiksa dan tidak menangis. Ada juga anak yang ditampal giginya apabila mendapati giginya berlubang.









Terima kasih kepada pihak pergigian Kota Samarahan kerana sudi membuat pemeriksaan gigi terhadap anak-anak permata PAPNKS. Tahniah buat anak-anak permata sekalian kerana semuanya berani dan tidak menangis apabila diperiksa gigi.
Continue Reading...

Sabtu, 4 Disember 2010

Praktikal KEMAS (22/11/2010 - 03/12/2010)

Gambar kenangan bersama 10 orang pendidik praktikal KEMAS yang telah menjalani praktikal amali selama 2 minggu bermula 22 November 2010 (Isnin) hingga 3 Disember 2010 (Jumaat) dan telah diselia oleh Puan Norhayati binti Daud.
(Tidak ikut turutan: Anum binti Mohammed, Rohaidah binti Hatta, Florida Abu anak Johnathan, Julia binti Ohai, Rosita binti Hj. Matassan, Irene Francis Gamul, Maria binti Hamdan, Rubiana binti Isa, Hayati binti Jinau dan Menah binti Jen)

Continue Reading...

Isnin, 29 November 2010

Konvokesyen Yang Ke-3

Konvokesyen yang ke-3 bagi PAPN Kota Samarahan telah diadakan pada 28 November 2010 (Ahad) yang lalu di Dewan Suarah Kota Samarahan. Sambutan Pra Krismas dan sambutan hari lahir anak permata September hingga November juga telah diadakan pada hari tersebut. Majlis ini diadakan pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang. Seramai 16 orang anak 4 tahun yang bergraduasi pada tahun ini.

Terima kasih kepada pihak MBKS yang telah menghias pentas ini dengan pasu-pasu bunga.
Encik Taip bin Sidi sedang membaca doa sebagai pembuka majlis.

Alex Beckham selaku ketua lelaki dan Mirza selaku ketua perempuan sedang melafazkan ikrar rukun negara.

Persembahan nyanyian dan pergerakan oleh anak-anak 4 tahun

Tepuk di kiri...tepuk di kanan...
Hayunkan tangan...hentakkan kaki...
Goyang badan...goyang tangan...
Tepuk tangan...terus menari...

Tarian "Kenek-kenek Udang"
Kenek-keneklah udang...
Hua...hua...hua...hua...

Bergambar setelah semua mendapat sijil masing-masing. Anak-anak bergambar bersama Pengerusi (Encik Shbini bin Saini) dan Timbalan Pengerusi PIBP (Puan Jalia binti Lamat) dan Ketua Pendidik.

Terdapat 4 orang ibu yang mendapat anugerah penglibatan cemerlang bagi tahun 2010 di PAPN Kota Samarahan. Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah.
Puan Minah binti Adeng, ibu kepada Akhmad Ediwi Zakwan (kategori umur 2 tahun) tidak dapat menghadiri majlis ini kerana telah dimasukkan ke hospital. Beliau telah selamat melahirkan anak pada malam 28 November 2010. Tahniah dan syukur alhamdulillah kerana telah selamat melahirkan anak lelaki.
Puan Hamni binti Bostari (kategori umur 3 tahun), ibu kepada Nur Dayana Mahirah.

Puan Gambar binti Godir (kategori umur 4 tahun), ibu kepada Mohammad Nazrin.

Puan Ramlah binti Suhaili (kategori umur 4 tahun), ibu kepada Nur Alisya Batrisya.
Santa Claus (Encik Ronnie anak Alex Man), bapa kepada Alex Beckham sedang memberi goodies kepada Abang Muhammad Yaasiin.
Santa Claus sedang memberi goodies kepada Mohamad Aiman Aimi.
Santa Claus sedang memberi gula-gula kepada semua anak-anak.

Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan majlis ini samada secara langsung mahupun tidak langsung walaupun terdapat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.
Continue Reading...

Ahad, 28 November 2010

Ceramah & Demo Alat Pemadam Api

Pada 27 November 2010 (Sabtu) yang lalu, pihak Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan telah datang ke PAPN untuk memberi ceramah dan demo alat pemadam api kepada semua pendidik, PPM dan staf PAPN. Seramai 3 orang daripada pihak bomba yang datang pada pagi tersebut. Seawal jam 9.00 pagi pihak bomba telah datang ke PAPN.

Pihak bomba telah memberi ceramah jenis-jenis alat pemadam api, cara penggunaannya, cara penjagaan rumah, kelab 3K dan lain-lain perkara.

Terima kasih kepada pihak Balai Bomba dan Penyelamat Kota samarahan kerana sudi meluangkan masa untuk memberi ceramah dan demo alat pemadam api kepada semua staf PAPNKS.

Continue Reading...

Khamis, 21 Oktober 2010

Sepetang Bersama Wall's

Pada 21 Oktober 2010 (Rabu) para pendidik dan anak-anak menikmati hidangan aiskrim coklat Wall's bersama roti kentang dan air milo ketika minum petang. Cuaca yang panas sememangnya enak menjamu selera dengan aiskrim yang telah dibeli oleh para pendidik untuk dimakan bersama semua orang.






Continue Reading...

Lawatan Ke Balai Bomba & Penyelamat oleh Anak-anak 1-2 Tahun

Lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan oleh anak-anak 1-2 tahun telah diadakan pada 20 Oktober 2010 (Rabu) yang lalu. Seramai 10 orang anak-anak 1-2 tahun bersama dengan Cikgu Shiqin, Cikgu Mas, Cikgu Intan dan seorang staf PAPN (Puan Minah) yang telah menyertai lawatan ini. Lawatan ini diadakan seawal jam 9.00 pagi. Balai Bomba ini terletak berdekatan denagn PAPN dan perjalanannya mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja untuk sampai. Balai Bomba ini bersebelahan dengan Balai Polis Kota Samarahan.

Lawatan ini diadakan untuk memperkenalkan dan mendedahkan tentang bomba secara realiti kepada anak-anak. Anak-anak akan dapat mengetahui tentang bomba, mengecam pakaian, bunyi dan kenderaan serta merasai pengalaman berada di Balai Bomba.

Anak-anak semuanya sudah bersedia hendak pergi ke Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan. Semuanya sudah kenyang selepas minum pagi.

Kita dah sampai Balai Bomba ni..semua pegang tangan kawan...lepas ni baru kita boleh masuk...kata Cikgu Mas.

Cuba tengok ikan dekat dalam akuarium tu...besarnya ikan..kata Cikgu Intan.

Bomba menunjukkan suis siren kecemasan di dalam Balai Bomba dan membiarkan seketika untuk anak-anak mendengarnya.


Anak-anak sedang melihat pakaian dan peralatan ahli bomba.








Terima kasih kepada pihak Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan yang sudi menyambut kedatangan dan menerima lawatan daripada pihak PAPN Kota Samarahan. Terima kasih juga diucapkan kepada Encik Kam dan anggota bomba yang lain yang sudi memberi penerangan tentang bomba, memberi peluang dan pengalaman serta melayan karenah anak-anak permata yang baru kali pertama datang ke Balai Bomba ini.

Continue Reading...
 

PERMATA Kota Samarahan Copyright © 2010 - 2013

:: Weblog ini dikendalikan oleh Cik Ainul Ashiqin Mohammad ::
:: PENAFIAN / DISCLAIMER ::
Sebarang muaturun samada grafik,aplikasi,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri.
Pihak webmaster PAPNKS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang berlaku ketika
menggunakan maklumat di dalam laman web ini.
:: HARAP MAKLUM ::