PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

Ahad, 11 November 2012

Majlis Mini Konvokesyen Pusat Anak PERMATA Negara Kota Samarahan Yang Ke-5

Pada 10 November 2012 (Sabtu) yang lalu, Majlis Mini Konvokesyen Pusat Anak PERMATA Negara Kota Samarahan yang ke-5 telah diadakan di Dewan Lagenda, Kampung Budaya Sarawak. Majlis ini telah dihadiri dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Wanita & Pembangunan Keluarga.  Majlis ini juga telah ditaja oleh Encik Yakup bin Khalid dan Masszyannz Services, hasil usaha Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik (PIBP), PAPN Kota Samarahan, Encik Sapian bin Tapa.

Majlis ini dihadiri oleh ibu bapa dan anak-anak PERMATA Negara, rombongan Persatuan Bumiputera Bersatu (PBB) Bahagian Samarahan seramai 90 orang, rombongan Pusat Dalam Komuniti (PDK) Bahagian Samarahan seramai 50 orang dengan bantuan daripada pihak RELA seramai 6 orang, para pendidik dan Pembantu Pengurusan Murid PAPN Kota Samarahan.

Aktiviti yang dijalankan adalah tayangan video aktiviti ibu bapa dan anak-anak PERMATA sepanjang tahun 2012, tayangan video aktiviti kenangan ibu bapa dan anak-anak PERMATA 4 tahun sepanjang 2010-2012, penyampaian sijil kepada anak-anak PERMATA 4 tahun yang akan tamat daripada Program PERMATA Negara pada hujung tahun 2012 ini, persembahan tarian anak-anak dan ibu-ibu 4 tahun, pertandingan berkumpulan anak-anak bersama ibu bapa mengikut kategori kumpulan umur. Kumpulan 2 tahun mempersembahkan peragaan pakaian, kumpulan 3 tahun mempersembahkan sketsa lakonan dan tarian dan kumpulan 4 tahun mempersembahkan tarian. Tempat pertama dimenangi oleh kumpulan 2 tahun, tempat kedua dimenangi oleh kumpulan 3 tahun dan tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan 4 tahun.

Seramai 9 orang anak-anak 4 tahun yang akan tamat daripada Program PERMATA Negara pada hujung tahun 2012 ini iaitu Akhmad Ediwi Zakwan bin Faizule, Aleeya Maisara binti Sapian, Awang Adli Zhafran bin Awang Mohamad Salleh, Awang Nazirul Hafiy bin Mohamad Ramadani, Mohammad Hariyth bin Sapian, Muhammad Zafran Aqhil bin Mohamad Farihan, Nur Umniyah binti Mohammad Khalifah Amirul, Rabai'eah binti Sapa dan Raguel Eric Reuel. Tahniah kepada anak-anak 4 tahun ini yang bakal tamat daripada Program PERMATA Negara. Semoga segala aktiviti yang dijalankan dan kenangan yang ada akan dikenang sampai bila-bila. Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa 4 tahun yang telah memberi komitmen dan kerjasama kepada pendidik dan PAPN Kota Samarahan sepanjang berada di PAPN ini.













Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Majlis Mini Konvokesyen Pusat Anak PERMATA Negara Kota Samarahan 2012, yang ke-5 ini.

Continue Reading...
 

PERMATA Kota Samarahan Copyright © 2010 - 2013

:: Weblog ini dikendalikan oleh Cik Ainul Ashiqin Mohammad ::
:: PENAFIAN / DISCLAIMER ::
Sebarang muaturun samada grafik,aplikasi,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri.
Pihak webmaster PAPNKS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang berlaku ketika
menggunakan maklumat di dalam laman web ini.
:: HARAP MAKLUM ::