PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

Sabtu, 28 Ogos 2010

Sambutan Hari Kemerdekaan & Hari Jadi Anak

Pada 27 Ogos 2010 (Jumaat) yang lalu, telah diadakan sambutan hari kemerdekaan dan sambutan hari jadi anak permata. Pelbagai aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan ialah menyanyi Lagu Tanggal 31 Ogos dan Lagu Jalur Gemilang, membuat perarakan sambil mengibarkan Jalur Gemilang dan membawa sepanduk dengan diiringi lagu-lagu kemerdekaan. Semua ibu bapa, anak permata, pendidik dan PPM turut serta dalam perarakan tersebut. Aktiviti lain yang dijalankan juga adalah mewarna gambar jalur gemilang, membuat capan jari pada kain rentang jalur gemilang, pertandingan melafaz ikrar bagi anak 3 dan 4 tahun, tayangan video kemerdekaan dan pertandingan pakaian kebangsaan yang tercantik.
















Terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat meluangkan masa untuk mengikuti dan memeriahkan aktiviti ini dan terima kasih kepada semua pihak yang membantu secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan aktiviti ini.
Continue Reading...

Khamis, 19 Ogos 2010

Selamat Hari Lahir Ezhan Khair

Pada 19 Ogos 2010 (Khamis), ibu Ezhan dan kakaknya telah datang ke PAPNKS untuk mengadakan sambutan majlis hari lahir Ezhan yang ke 2 tahun. Ibunya telah menyumbangkan sebiji kek dan goodies untuk semua anak-anak.

Ezhan Khair yang sudah berusia 2 tahun



Selamat hari lahir yang ke 2 tahun Ezhan Khair (19 Ogos 2010)


Ezhan memotong kek dengan dibantu oleh ibunya dan dikelilingi oleh kawan-kawannya yang lain


Ezhan menikmati sepotong kek dan sedang meneliti icing yang berada di jarinya


Anak-anak lain turut menikmati kek ketika minum petang

Ezhan bersama dengan ibu dan kakaknya. Aleeya Maisara juga turut berada bersama mereka.

Terima kasih diucapkan kepada keluarga Ezhan di atas sumbangan kek dan goodies kepada anak-anak PERMATA PAPNKS. Semoga semua anak-anak gembira menikmati kek dan menerima pemberian goodies yang diberikan.

Continue Reading...

Isnin, 2 Ogos 2010

Selamat Kembali dan Selamat Datang


Selamat kembali kepada Cikgu Juna yang telah menamatkan KPLInya selama setahun dan kembali semula bertugas sebagai pendidik di PAPNKS sejak 21 Jun 2010 (Isnin) yang lalu. Cikgu Juna akan mengendalikan dan bersama anak-anak Kelas 2-3 tahun iaitu seramai 14 orang bagi menggantikan Cikgu Sha.

Selamat datang kepada Cikgu Mira yang baru ditempatkan dan mula bertugas sebagai pendidik di PAPNKS bermula 2 Ogos 2010 (Isnin). Cikgu Mira akan berpasangan dengan Cikgu Mona untuk mengendalikan dan bersama anak-anak Kelas 3-4 tahun iaitu seramai 16 orang.

Selamat menjadi warga PAPNKS kepada Cikgu Juna dan Cikgu Mira. Semoga dapat bersama-sama mendidik anak-anak Pusat Anak PERMATA Negara Kota Samarahan ini dengan sebaik dan seikhlas mungkin. Setiap anak PERMATA negara.

Continue Reading...

Ahad, 1 Ogos 2010

Sukaneka dan Hari Keluarga


Pada 1 Ogos 2010 (Ahad), diadakan sukaneka dan hari keluarga yang bertempat di PAPN. Sambutan daripada semua keluarga sangat menggalakkan. Terdapat banyak sumbangan makanan, minuman, hadiah, hamper, duit dan banner yang diberikan oleh ibu bapa bagi menjayakan program ini. Pihak PAPN dan PIBP ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala sumbangan yang diberikan.

Acara bermula dengan pendaftaran semua keluarga. Pendaftaran bermula dengan mengisi borang pendaftaran, pembahagian kumpulan dan mendapatkan nombor cabutan bertuah. Cabutan bertuah diadakan selang masa di antara acara yang diadakan.


Apabila semua keluarga telah datang, semua keluarga berkumpul di bahagian belakang PAPN. Cikgu Dayang dan Encik Ambran merupakan pengacara majlis bagi aktiviti ini. Acara diteruskan dengan bacaan doa oleh Encik Taip sebagai memulakan dan membuka majlis. Seterusnya ucapan oleh pengerusi PIBP, Encik Shbini.

Aktiviti diteruskan dengan tarian poco-poco yang diketuai oleh Puan Rosmie. Tarian poco-poco ini dilakukan bersama-sama semua pendidik, anak-anak PERMATA dan keluarga masing-masing.


Seterusnya aktiviti bagi anak-anak 1-2 tahun iaitu mengisi air di dalam baldi menggunakan span. Acara ini dibahagikan kepada dua kumpulan bagi melancarkan perjalanan pertandingan dan memudahkan para pengadil mengadilinya.



Acara bagi anak-anak 2-3 tahun pula adalah meniup tepung untuk mendapatkan gula di dalam tepung. Ibu bapa turut menemani anak-anak untuk melakukan acara ini.



Acara bagi anak-anak 3-4 tahun pula membawa bola di dalam sudip. Bagi acara ini, terdapat pusingan saringan dan pusingan akhir untuk mendapatkan pemenangnya.



Bagi acara keluarga, acara yang dijalankan adalah menghias pakaian anak menggunakan surat khabar. Ibu bapa dikehendaki menggunakan surat khabar yang disediakan dan menjadikannya pakaian anak-anak secara tanpa bantuan alatan lain seperti gunting dan selotap. Setelah selesai acara ini, semua pihak menjamu selera terlebih dahulu sebelum meneruskan acara yang seterusnya.


Acara seterusnya adalah acara membawa bola di belakang badan secara berpasangan iaitu ibu bapa. Acara ini juga mempunyai pusingan saringan dan pusingan akhir untuk mendapatkan pemenangnya.


Acara seterusnya adalah bermain kerusi muzik bagi ibu bapa, ahli keluarga dan para pendidik. Acara ini dijalankan sehingga mendapat seorang pemenang.



Aktiviti penutup adalah penyampaian hadiah kepada para pemenang dan cenderahati kepada semua yang terlibat sepanjang program dijalankan.


Setelah selesai program dijalankan, semua pihak bersama-sama membersihkan dan mengemas kawasan PAPN sebelum bersurai. Terima kasih di atas kerjasama, sumbangan dan penglibatan semua pihak bagi menjayakan program ini. Semoga program seperti ini dapat diadakan lagi dan mungkin akan mendapat nafas baru yang akan membantu lebih memeriahkan lagi program hari keluarga dan sukaneka seperti ini.





Continue Reading...
 

PERMATA Kota Samarahan Copyright © 2010 - 2013

:: Weblog ini dikendalikan oleh Cik Ainul Ashiqin Mohammad ::
:: PENAFIAN / DISCLAIMER ::
Sebarang muaturun samada grafik,aplikasi,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri.
Pihak webmaster PAPNKS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang berlaku ketika
menggunakan maklumat di dalam laman web ini.
:: HARAP MAKLUM ::