PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

Sabtu, 16 Julai 2011

My Big Book

Aktiviti "My Big Book" telah diadakan pada 16 Julai 2011 (Sabtu) bertempat di PAPNKS bersama ibu bapa dan anak-anak PERMATA. Pertandingan membuat big book ini diadakan mengikut kumpulan umur anak-anak iaitu kumpulan 1 (kumpulan umur 1 & 2 tahun), kumpulan 2 (kumpulan umur 3 tahun) dan kumpulan 3 (kumpulan umur 4 tahun). Setiap kumpulan diberi masa selama 1 jam untuk menyiapkan big book bagi kumpulan masing-masing. Aktiviti ini dijalankan oleh ibu bapa bersama anak-anak PERMATA.




Setelah tamat masa yang diberi setiap kumpulan perlu menghantar wakil untuk membentangkan hasil kumpulan masing-masing dan menjawab pertanyaan daripada mana-mana pihak yang ingin bertanya soalan.




Kumpulan 3 (kumpulan umur 4 tahun) memilih tema kenderaan pengangkutan sebagai tema big book kumpulan mereka. Terdapat beberapa gambar kenderaan yang ada beserta penerangan kenderaan tersebut.


Kumpulan 2 (kumpulan umur 3 tahun) memilih tema keluarga saya sebagai tema big book kumpulan mereka. Setiap keluarga anak 3 tahun menampal gambar ahli keluarga masing-masing di ruangan keluarga mereka.


Kumpulan 1 (kumpulan umur 1 & 2 tahun) memilih tema buah-buahan sebagai tema big book kumpulan mereka. Terdapat pelbagai gambar buah-buahan yang ada beserta dengan nama buah-buahan tersebut.


Hasil big book yang dipilih sebagai pemenang adalah berdasarkan kriteria big book yang menarik, penghasilan big book mengikut tema yang dipilih, pemilihan gambar, tulisan yang besar, jelas dan sesuai untuk kanak-kanak dan penggunaan bahasa atau perkataan yang sesuai dengan umur kanak-kanak.

Penyampaian hadiah kepada kumpulan pemenang. Kumpulan 3 (kumpulan umur 4 tahun), big book yang bertemakan kenderaan pengangkutan mendapat tempat ketiga, kumpulan 2 (kumpulan umur 3 tahun), big book yang bertemakan keluarga saya mendapat tempat kedua dan kumpulan 1 (kumpulan umur 1 & 2 tahun), big book yang bertemakan buah-buahan mendapat tempat pertama.




Cikgu Mira selaku Ketua Biro Aktiviti PAPNKS dan PIBP turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada para pemenang, penglibatan dan kerjasama yang diberikan sepanjang menjayakan aktiviti ini.


Para pendidik sempat mengambil gambar kenangan sempena aktiviti yang dijalankan iaitu dari kiri Cikgu Shiqin dengan anak didikan dan jagaannya Ezhan Khair, Cikgu Mira, Cikgu Dina, Cikgu Tini, Cikgu Dayang dan Cikgu Juna.


Terima kasih kepada semua pihak yang turut menjayakan aktiviti ini samada secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga aktiviti seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang dan dapat memberi manfaat kepada semua pihak serta mendapat sambutan yang lebih menggalakkan lagi. Terima kasih semua...

Continue Reading...
 

PERMATA Kota Samarahan Copyright © 2010 - 2013

:: Weblog ini dikendalikan oleh Cik Ainul Ashiqin Mohammad ::
:: PENAFIAN / DISCLAIMER ::
Sebarang muaturun samada grafik,aplikasi,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri.
Pihak webmaster PAPNKS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang berlaku ketika
menggunakan maklumat di dalam laman web ini.
:: HARAP MAKLUM ::