PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

Khamis, 21 Oktober 2010

Sepetang Bersama Wall's

Pada 21 Oktober 2010 (Rabu) para pendidik dan anak-anak menikmati hidangan aiskrim coklat Wall's bersama roti kentang dan air milo ketika minum petang. Cuaca yang panas sememangnya enak menjamu selera dengan aiskrim yang telah dibeli oleh para pendidik untuk dimakan bersama semua orang.






Continue Reading...

Lawatan Ke Balai Bomba & Penyelamat oleh Anak-anak 1-2 Tahun

Lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan oleh anak-anak 1-2 tahun telah diadakan pada 20 Oktober 2010 (Rabu) yang lalu. Seramai 10 orang anak-anak 1-2 tahun bersama dengan Cikgu Shiqin, Cikgu Mas, Cikgu Intan dan seorang staf PAPN (Puan Minah) yang telah menyertai lawatan ini. Lawatan ini diadakan seawal jam 9.00 pagi. Balai Bomba ini terletak berdekatan denagn PAPN dan perjalanannya mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja untuk sampai. Balai Bomba ini bersebelahan dengan Balai Polis Kota Samarahan.

Lawatan ini diadakan untuk memperkenalkan dan mendedahkan tentang bomba secara realiti kepada anak-anak. Anak-anak akan dapat mengetahui tentang bomba, mengecam pakaian, bunyi dan kenderaan serta merasai pengalaman berada di Balai Bomba.

Anak-anak semuanya sudah bersedia hendak pergi ke Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan. Semuanya sudah kenyang selepas minum pagi.

Kita dah sampai Balai Bomba ni..semua pegang tangan kawan...lepas ni baru kita boleh masuk...kata Cikgu Mas.

Cuba tengok ikan dekat dalam akuarium tu...besarnya ikan..kata Cikgu Intan.

Bomba menunjukkan suis siren kecemasan di dalam Balai Bomba dan membiarkan seketika untuk anak-anak mendengarnya.


Anak-anak sedang melihat pakaian dan peralatan ahli bomba.








Terima kasih kepada pihak Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan yang sudi menyambut kedatangan dan menerima lawatan daripada pihak PAPN Kota Samarahan. Terima kasih juga diucapkan kepada Encik Kam dan anggota bomba yang lain yang sudi memberi penerangan tentang bomba, memberi peluang dan pengalaman serta melayan karenah anak-anak permata yang baru kali pertama datang ke Balai Bomba ini.

Continue Reading...

Selasa, 19 Oktober 2010

Bacalah Sayang...

Aktiviti membaca yang dilakukan oleh Cikgu Juna bersama anak-anak 2-3 tahun...





Continue Reading...

Sabtu, 2 Oktober 2010

Ceramah & Latihan Memberus Gigi

Pada 1 Oktober 2010 (Jumaat) yang lalu, pihak pergigian telah datang ke PAPNKS untuk memberi ceramah kepada ibu bapa dan menunjukkan latihan memberus gigi kepada anak-anak permata. Semua ibu bapa khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh pihak pergigian di dalam Bilik Aktiviti Anak 4 Tahun.









Terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat meluangkan masa untuk mengikuti aktiviti yang dijalankan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak pergigian yang dapat menjayakan aktiviti ini.
Continue Reading...
 

PERMATA Kota Samarahan Copyright © 2010 - 2013

:: Weblog ini dikendalikan oleh Cik Ainul Ashiqin Mohammad ::
:: PENAFIAN / DISCLAIMER ::
Sebarang muaturun samada grafik,aplikasi,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri.
Pihak webmaster PAPNKS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang berlaku ketika
menggunakan maklumat di dalam laman web ini.
:: HARAP MAKLUM ::