PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

Isnin, 29 November 2010

Konvokesyen Yang Ke-3

Konvokesyen yang ke-3 bagi PAPN Kota Samarahan telah diadakan pada 28 November 2010 (Ahad) yang lalu di Dewan Suarah Kota Samarahan. Sambutan Pra Krismas dan sambutan hari lahir anak permata September hingga November juga telah diadakan pada hari tersebut. Majlis ini diadakan pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang. Seramai 16 orang anak 4 tahun yang bergraduasi pada tahun ini.

Terima kasih kepada pihak MBKS yang telah menghias pentas ini dengan pasu-pasu bunga.
Encik Taip bin Sidi sedang membaca doa sebagai pembuka majlis.

Alex Beckham selaku ketua lelaki dan Mirza selaku ketua perempuan sedang melafazkan ikrar rukun negara.

Persembahan nyanyian dan pergerakan oleh anak-anak 4 tahun

Tepuk di kiri...tepuk di kanan...
Hayunkan tangan...hentakkan kaki...
Goyang badan...goyang tangan...
Tepuk tangan...terus menari...

Tarian "Kenek-kenek Udang"
Kenek-keneklah udang...
Hua...hua...hua...hua...

Bergambar setelah semua mendapat sijil masing-masing. Anak-anak bergambar bersama Pengerusi (Encik Shbini bin Saini) dan Timbalan Pengerusi PIBP (Puan Jalia binti Lamat) dan Ketua Pendidik.

Terdapat 4 orang ibu yang mendapat anugerah penglibatan cemerlang bagi tahun 2010 di PAPN Kota Samarahan. Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah.
Puan Minah binti Adeng, ibu kepada Akhmad Ediwi Zakwan (kategori umur 2 tahun) tidak dapat menghadiri majlis ini kerana telah dimasukkan ke hospital. Beliau telah selamat melahirkan anak pada malam 28 November 2010. Tahniah dan syukur alhamdulillah kerana telah selamat melahirkan anak lelaki.
Puan Hamni binti Bostari (kategori umur 3 tahun), ibu kepada Nur Dayana Mahirah.

Puan Gambar binti Godir (kategori umur 4 tahun), ibu kepada Mohammad Nazrin.

Puan Ramlah binti Suhaili (kategori umur 4 tahun), ibu kepada Nur Alisya Batrisya.
Santa Claus (Encik Ronnie anak Alex Man), bapa kepada Alex Beckham sedang memberi goodies kepada Abang Muhammad Yaasiin.
Santa Claus sedang memberi goodies kepada Mohamad Aiman Aimi.
Santa Claus sedang memberi gula-gula kepada semua anak-anak.

Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan majlis ini samada secara langsung mahupun tidak langsung walaupun terdapat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.
Continue Reading...

Ahad, 28 November 2010

Ceramah & Demo Alat Pemadam Api

Pada 27 November 2010 (Sabtu) yang lalu, pihak Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan telah datang ke PAPN untuk memberi ceramah dan demo alat pemadam api kepada semua pendidik, PPM dan staf PAPN. Seramai 3 orang daripada pihak bomba yang datang pada pagi tersebut. Seawal jam 9.00 pagi pihak bomba telah datang ke PAPN.

Pihak bomba telah memberi ceramah jenis-jenis alat pemadam api, cara penggunaannya, cara penjagaan rumah, kelab 3K dan lain-lain perkara.

Terima kasih kepada pihak Balai Bomba dan Penyelamat Kota samarahan kerana sudi meluangkan masa untuk memberi ceramah dan demo alat pemadam api kepada semua staf PAPNKS.

Continue Reading...
 

PERMATA Kota Samarahan Copyright © 2010 - 2013

:: Weblog ini dikendalikan oleh Cik Ainul Ashiqin Mohammad ::
:: PENAFIAN / DISCLAIMER ::
Sebarang muaturun samada grafik,aplikasi,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri.
Pihak webmaster PAPNKS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang berlaku ketika
menggunakan maklumat di dalam laman web ini.
:: HARAP MAKLUM ::