PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

Ahad, 29 Mei 2011

Gotong-royong Mengecat Dinding Ruang Tamu 1

Aktiviti ini diadakan secara berperingkat iaitu pada 21 Mei 2011 (Sabtu) dan 29 Mei 2011 (Ahad). Pada peringkat yang pertama, iaitu pada 21 Mei 2011 (Sabtu), beberapa orang pendidik dan ibu bapa telah datang untuk membersihkan dinding di ruang tamu 1 iaitu dari segi menanggalkan segala tampalan dan kesan double sided tape yang berada di dinding.



Pada peringkat yang kedua, iaitu pada 29 Mei 2011 (Ahad), beberapa orang pendidik dan ibu bapa telah datang untuk menghabiskan kesan-kesan tampalan yang masih ada dan mengecat dinding tersebut. Pada lapisan pertama dinding, dicat dengan undercoat yang telah ditaja oleh Encik Sapian bin Tapa (bapa Mohammad Hariyth) dan kemudiannya barulah dicat dengan cat warna ungu.










Antara orang kuat yang banyak menyumbang tenaga dan masa untuk mengecat dan mencantikkan ruang tamu PAPNKS ialah Encik Daim bin Bohari (bapa Juliana), Encik Udin bin Kasim (bapa Shafika), Encik Kenny anak Balang (bapa Benjamin Billu), Encik Sapian bin Mat (bapa Aleeya Maisara) dan anak lelakinya (abang kepada Aleeya Maisara).


Antara barisan tenaga kerja PAPNKS ialah Cikgu Mira, Cikgu Mas, Cikgu Mona, Cikgu Dayang, Cikgu Intan, Cikgu Shiqin dan Cikgu Juna (tiada dalam gambar).


Aktiviti ini akan diteruskan lagi secara beransur-ansur dan berperingkat bagi setiap bahagian dan sudut di dalam PAPNKS bergantung kepada dana yang ada, masa dan beberapa faktor lain. Semoga aktiviti ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan PAPNKS akan kelihatan lebih ceria. Terima kasih semua...

Continue Reading...

Selasa, 17 Mei 2011

Selamat Hari Guru

Sambutan Hari Guru telah diadakan pada 16 Mei 2011 (Isnin) yang lalu. Sambutan ini diadakan sesama pendidik dan anak-anak PERMATA sahaja. Sambutan yang diadakan hanya kecil-kecilan sahaja. Ini kerana yang penting adalah makna hari tersebut kepada semua pendidik atau cikgu-cikgu PAPNKS yang telah memberikan didikan yang terbaik kepada anak-anak PERMATA yang disayangi dan dikasihi.

Selama 3 tahun PAPNKS ini telah beroperasi, beberapa orang pendidik bersilih ganti datang dan pergi dalam memberi didikan dan asuhan kepada anak-anak PERMATA di sini. Pelbagai pengalaman suka dan duka yang telah ditempuhi sepanjang bergelar pendidik di PAPNKS ini. Karenah anak-anak PERMATA yang pelbagai juga meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh setiap pendidik. Anak-anak PERMATA di sini seperti anak-anak sendiri buat para pendidik dan merupakan ibu bapa yang kedua kepada mereka.

Terima kasih kepada ibu Fahmi yang telah memberikan kek sempena sambutan Hari Guru ini untuk disambut oleh para pendidik bersama anak-anak PERMATA. Terima kasih diucapkan.

Anak-anak PERMATA melihat para pendidik meniup api lilin kek Hari Guru yang diberi oleh ibu Fahmi. Anak-anak turut teruja untuk sama-sama meniup api lilin tersebut.


Para pendidik dan anak-anak PERMATA sama-sama menikmati kek Hari Guru sambil minum petang di ruang luar tepi PAPNKS. Semua berselera dan seronok menikmati juadah yang disediakan.

Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang telah memberikan hadiah sempena sambutan Hari Guru ini. Hadiah yang diberi amat bermakna dan sangat kami hargai.

Terima kasih diucapkan kepada keluarga Adli terutama ibunya yang bertungkus lumus menyiapkan kad Hari Guru yang besar ini buat Cikgu Masabah dan Cikgu Shiqin. Kami sangat terharu dan sungguh berbesar hati menerimanya. Terima kasih sekali lagi.

Sempena sambutan Hari Guru ini, para pendidik ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para ibu bapa yang memberikan kepercayaan kepada kami untuk memberi didikan dan asuhan yang terbaik iaitu melalui belajar sambil bermain kepada anak-anak mereka. Tanpa kepercayaan, sokongan, kerjasama, komunikasi yang baik dan penglibatan ibu bapa dalam program PERMATA di PAPNKS ini, pincang dan rapuhlah kami sebagai para pendidik selaku guru dan ibu bapa kedua kepada anak-anak PERMATA ini. Dengan itu, marilah sama-sama kita meningkatkan dan memperkukuhkan hubungan silaturrahim ini agar program PERMATA dapat memberi manfaat kepada semua terutamanya anak-anak PERMATA yang dikasihi dan disayangi.

Terima kasih semua...

Continue Reading...

Jumaat, 13 Mei 2011

Selamat Hari Ibu

Sambutan Hari Ibu telah diadakan pada 12 Mei 2011 (Khamis) bersama ibu bapa anak-anak PERMATA Kota Samarahan. Sambutan Hari Ibu ini bertemakan warna biru dan putih. Beberapa aktiviti yang telah dijalankan seperti menghias kek cawan, menonton video tentang ibu, cabutan pertukaran hadiah iaitu anak akan memberikan hadiah tersebut kepada ibu atau nenek masing-masing.






Ibu...Ibu...
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu
Ibu...Ibu...
Engkaulah ratu hatiku...

...SELAMAT HARI IBU...

Continue Reading...
 

PERMATA Kota Samarahan Copyright © 2010 - 2013

:: Weblog ini dikendalikan oleh Cik Ainul Ashiqin Mohammad ::
:: PENAFIAN / DISCLAIMER ::
Sebarang muaturun samada grafik,aplikasi,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri.
Pihak webmaster PAPNKS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang berlaku ketika
menggunakan maklumat di dalam laman web ini.
:: HARAP MAKLUM ::