PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

Isnin, 28 Jun 2010

Selamat Jalan Cikgu Sharifah




Pada 26 Jun 2010 (Sabtu), Cikgu Sha berangkat ke Kuala Lumpur untuk melapor diri ke KPLI pada 28 Jun 2010 (Isnin). Seawal 6.00 pagi, Cikgu Shiqin, Cikgu Mas, Cikgu Mona dan Cikgu Dayang sudah tiba di Lapangan Terbang Kuching untuk menghantar Cikgu Sha.

Cikgu Sha sedang check-in dan dibantu oleh Cikgu Mona


Bergambar sebagai kenangan sebelum Cikgu Sha berangkat masuk ke balai berlepas

Continue Reading...

Jumaat, 25 Jun 2010

Majlis Perpisahan Cikgu Sharifah



Pada 25 Jun 2010 (Jumaat), warga PAPNKS dan anak-anak PERMATA telah mengadakan Majlis Perpisahan untuk Cikgu Sharifah yang akan menyambung pelajaran ke KPLI. 25 Jun 2010 merupakan hari terakhir Cikgu Sha berada di PAPNKS kerana pada 28 Jun 2010 (Isnin), Cikgu Sha akan melapor diri untuk KPLI. Majlis ini diadakan bersama-sama dengan kehadiran pelatih KEMAS yang menjalani praktikal amali selama dua minggu di PAPNKS.

Aktiviti yang dijalankan adalah memanggang ayam, sosej, udang dan jagung. Aktiviti memanggang ini dilakukan di hadapan rumah panjang berdekatan dengan kolam. Menu yang dimasak adalah mee kuey teow goreng dan air yang disediakan adalah air sirap ros.


Cikgu Mas dan Cikgu Sha bersama-sama memanggang ayam


Cikgu Mas dan Cikgu Sha tekun memanggang ayam


Praktikal KEMAS menemani anak-anak PERMATA makan


Cikgu Jun bertungkus-lumus memanggang jagung


Suasana di kawasan memanggang


Menu yang disediakan untuk majlis ini


Cikgu Bakti turut datang untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini


Cikgu Sha bersalam dengan semua anak-anak pada hari terakhirnya di PAPNKS


Cikgu Sha bersalam dengan Yaasiin dan dipeluk oleh Tanjan


Cikgu Sha bersama dengan Tanjan sebelum berangkat balik dari PAPNKS


Semua warga PAPNKS mengucapkan selamat maju jaya buat Cikgu Sha. Terima kasih di atas segala sumbangan tenaga, bakti, idea, kasih sayang dan ilmu kepada anak-anak PERMATA PAPNKS dan warga PAPNKS. Segala jasa dan kenangan selama ini akan diabadikan dan diingati sampai bila-bila.
Continue Reading...

Pakar kanak-kanak: Lewat bercakap

MyMetro (Jumaat, 25 Jun 2010)

Pakar Kanak-kanak : Lewat Bercakap


“ANAK saya berusia dua tahun tetapi masih belum bercakap. Bukan tidak boleh atau tidak faham percakapan orang tetapi apabila ditanya, dia hanya menjawab sepatah dua.

“ANAK saya berusia dua tahun tetapi masih belum bercakap. Bukan tidak boleh atau tidak faham percakapan orang tetapi apabila ditanya, dia hanya menjawab sepatah dua.

“Namun apabila sepupunya yang tua setahun daripadanya datang ke rumah, banyak juga perkataan keluar daripada mulutnya,” keluh seorang ibu bercerita mengenai anaknya.

Sebenarnya ada ramai kanak-kanak yang boleh dikategorikan sebagai lewat bercakap. Dianggarkan lima hingga 10 peratus kanak-kanak mengalami gangguan perkembangan yang menyebabkan proses penguasaan bahasa dan percakapan menjadi lambat.

Ibu bapa perlu tahu, perkembangan bahasa tidak hanya merujuk kepada percakapan tetapi juga bentuk komunikasi lain seperti bahasa isyarat, tulisan dan kemahiran visual.

Lewat bercakap boleh disebabkan beberapa masalah dengan:

  • Kebolehan bercakap (ada masalah pada korda suara dan lidah)

  • Kemasukan percakapan (masalah pendengaran)

  • Pemprosesan percakapan (masalah pada otak atau gangguan perkembangan pertuturan)

    Dua jenis masalah lambat bercakap ialah kelewatan ekspresif (kesusahan menggunakan percakapan untuk meminta atau berinteraksi) atau kelewatan reseptif (sukar menafsir atau memahami percakapan orang). Ada juga kanak-kanak yang mengalami gabungan kedua-dua keadaan di atas.

    Kebanyakan kanak-kanak yang lewat bercakap juga mengalami gangguan perkembangan bahasa (DLD) dengan kelewatan ekspresif tetapi perkembangan kemahiran bahasa visual (mengenali ibu bapa dan objek, bertindak balas terhadap ekspresi muka, mematuhi arahan yang disertakan gerak badan atau tangan yang memberitahu anda mahukan sesuatu atau menuding jari ke arah objek diinginkan) yang normal seperti kanak-kanak lain.

    Kanak-kanak ini juga menunjukkan kefahaman normal terhadap percakapan orang lain, kemahiran mendengar (mengenal dan menoleh ke arah bunyi), mematuhi arahan mudah tanpa perlukan ditunjuk dengan perbuatan oleh orang yang memberi arahan, boleh tunjuk anggota badan atau objek yang disebut walaupun sesetengahnya turut mengalami sedikit kelewatan reseptif.

    Namun jika diberikan rawatan awal (terapi pertuturan), kebanyakan kanak-kanak boleh bertutur dengan baik apabila masuk sekolah.

    Sesetengah kanak-kanak yang menunjukkan tanda kelewatan ekspresif hanya lambat bercakap dan kelewatan tersusun iaitu perkembangan pertuturan berlaku secara berperingkat.

    Perkembangan pertuturan dan penguasaan bahasa kanak-kanak ini akan menjadi normal dengan peningkatan umur tanpa sebarang rawatan.


    Malangnya sehingga kini tiada kaedah membezakan atau menentukan sama ada seseorang kanak-kanak mengalami kelewatan tersusun yang boleh bertutur dengan peningkatan umur dengan kanak-kanak yang memerlukan terapi.

    Masalah pendengaran juga boleh menyebabkan kanak-kanak lewat bercakap. Justeru, kanak-kanak yang disyaki mengalami masalah ini perlu dibawa menjalani ujian pendengaran.

    Jangan anggap mereka boleh mendengar hanya kerana kanak-kanak ini menunjukkan tindak balas kepada bunyi tepukan yang kuat, loceng atau datang apabila dipanggil dari bilik sebelah.

    Punca lain kelewatan bercakap termasuk masalah membabitkan otak seperti terencat akal dan autisme. Selain kelewatan ekspresif dan reseptif, perkembangan kemahiran bahasa visual (mengenali objek, bertindak balas terhadap mimik muka, mematuhi arahan dengan ditunjukkan pergerakan tangan) juga lambat.

    Bagaimanapun, keadaan ‘berat mulut’, malas bercakap atau mempunyai ramai adik beradik yang lebih banyak bercakap atau dibesarkan dalam keluarga bertutur dua bahasa tidak menyebabkan masalah kelewatan bercakap.

    Senarai di bawah adalah sebagai panduan terhadap perkembangan percakapan kanak-kanak. Kanak-kanak yang menunjukkan pencapaian 75 peratus, perkembangan pertuturan mereka boleh berlaku secara normal. Namun ini hanya panduan, dapatkan nasihat pakar kanak-kanak jika anak anda tidak menunjukkan perkembangan seperti disenaraikan. Kelewatan bercakap jika disebabkan kurang pendengaran perlu dikenal pasti seawal mungkin.



    Perkembangan percakapan

  • Bayi baru lahir — Boleh mendengar dan membezakan sama ada bunyi datang dari kiri atau kanan. Mereka akan menggerakkan kepala ke arah sumber bunyi. Bayi anda juga sepatutnya boleh memberi tindak balas kepada bunyi perlahan. Bayi mula senyum dan menunjukkan gerak balas kepada seseorang pada umur sebulan dan mengenali suara ibu bapa pada umur satu hingga 2½ bulan

  • Tiga hingga enam bulan — Bayi boleh meniru bunyi percakapan

  • Empat hingga lapan bulan — Bayi menyebut satu suku kata (contoh ba, da, ga, gu)

  • Lima hingga sembilan bulan — Bayi menyebut beberapa suku kata berulang-ulang (contoh bababa, lalala)

  • Enam hingga 10 bulan — Bayi mula menyebut perkataan mudah yang kerap didengar (emak, ayah, tak)

  • Lima hingga 10 bulan — Kebanyakan bayi boleh menyebut mama, dada — yang tidak hanya merujuk kepada ibu dan ayahnya

  • Enam hingga sembilan bulan — Kebanyakan bayi boleh mengikut atau mematuhi arahan pendek yang disertakan dengan pergerakan badan atau tangan. Contohnya meminta dia memegang objek atau tangan anda. Dalam lingkungan umur tujuh hingga 11 bulan, bayi sepatutnya boleh mematuhi arahan ringkas tanpa perlu ditunjuk dengan tangan

  • Tujuh hingga 12 bulan — Sudah pandai menggunakan perkataan mama, emak atau ayah dengan betul

  • Sembilan hingga 14 bulan — Biasanya sudah boleh menyebut satu patah perkataan (selain emak, ayah)

  • 10 hingga 15 bulan — Sepatutnya bayi boleh menunjuk ke arah objek yang dikehendakinya

  • 11 hingga 20 bulan — Anak anda seharusnya boleh menyebut empat hingga enam perkataan (selain emak, ayah atau nama adik beradik)

  • 14 hingga 21 bulan — Si kecil boleh mematuhi arahan dua langkah tanpa bantuan pergerakan tangan (contoh ‘Duduk di sini dan makan’). Pada umur 14 hingga 18 bulan, dia seharusnya boleh menunjukkan dua atau lebih anggota badan dan meningkat kepada enam anggota badan pada umur 22 bulan

  • 16 hingga 20 bulan — Kanak-kanak boleh menyuarakan kehendaknya dalam satu perkataan (jus, susu, lagi, banyak)

  • 18 hingga 22 bulan — Si kecil sudah boleh menggabungkan dua perkataan atau ayat mudah seperti ‘hendak susu’ atau ‘mahu lagi’

  • 16 hingga 24 bulan — Kanak-kanak seharusnya sudah boleh menguasai lebih 50 patah perkataan

  • 19 hingga 26 bulan — Menggunakan perkataan saya, awak walaupun kadangkala terbalik. Kebanyakan kanak-kanak boleh menyebut perkataan dengan baik apabila berumur 30 bulan

  • 24 bulan — Percakapannya boleh difahami separuh oleh orang lain atau individu yang jarang berjumpa kanak-kanak berkenaan

  • 24 hingga 32 bulan — Boleh menamakan empat gambar

  • 26 hingga 32 bulan — Boleh bercakap dalam dua hingga tiga ayat mudah

  • 27 hingga 34 bulan — Boleh memahami dua arahan dalam satu ayat contohnya ‘Letak cawan di atas meja atau sebelah buku’

  • 29 hingga 34 bulan — Boleh menamakan dan kegunaan sekurang-kurangnya dua objek. Kanak-kanak seharusnya boleh mengenali satu warna pada umur 2½ hingga 3¼ tahun dan empat warna pada umur tiga hingga 4½ tahun

  • Tiga tahun — Hampir 75 peratus pertuturannya boleh difahami orang yang jarang bertemu kanak-kanak ini. Pada umur ini mereka boleh menguasai lebih 250 perkataan. Pada umur empat tahun, percakapannya seharusnya boleh difahami sepenuhnya dan mampu menguasai 600 perkataan

    Saringan pendengaran boleh dilakukan pakar kanak-kanak melalui satu ujian mudah (audimetri) apabila mereka boleh memberi kerjasama (biasanya selepas umur empat tahun). Kanak-kanak (dari dilahirkan hingga empat tahun) perlu berjumpa pakar pendengaran untuk ujian selanjutnya.

    Jika anda fikir anak anda lewat bercakap, bawa si kecil untuk jalani ujian pendengaran. Pada masa sama kanak-kanak yang ada masalah lewat bercakap juga perlu dirujuk kepada pakar terapi pertuturan atau pakar psikologi jika perlu secepat mungkin.

    Pada masa sama ibu bapa juga boleh membantu meningkatkan percakapan anak dengan:

  • Membaca buku kepada anak, terutama buku bergambar di mana anda boleh mengajaknya untuk menunjuk atau menamakan objek

  • Gunakan bahasa mudah apabila bercakap dengan anak, dibantu dengan gerak badan atau tangan. Tanya banyak soalan kepada anak. Pastikan anda ‘bercakap’ dengan si kecil dan bukan memberi arahan

  • Beri tindak balas segera apabila anak bercakap untuk memberi dorongan kepadanya

  • Ulang perkataan atau ayat anak anda dengan menambah beberapa perkataan lagi bagi memanjangkan ayat berkenaan

  • Sabar melayan anak dan jangan marah jika dia melakukan kesilapan. Beri masa untuk anak menghabiskan ayatnya

  • Jangan paksa anak bercakap.
  • Continue Reading...

    Rabu, 23 Jun 2010

    Selamat Hari Lahir Adli

    Rabu, 23 Jun 2010 merupakan hari lahir Awang Adli Zhafran yang ke-2 tahun. Keluarga Adli telah datang ke PAPN untuk mengadakan sambutan hari lahir Adli bersama-sama anak-anak PERMATA. Emak Adli telah menyediakan mee hoon goreng dan kek hari lahir yang dibawa bersama untuk jamuan makan bersama-sama. Keluarga Adli yang turut hadir terdiri daripada emak, ayah dan kakak Adli. Pendidik praktikal KEMAS PERMATA seramai 7 orang juga turut bersama meraikannya. Sambutan majlis hari lahir Adli ini diadakan sekitar 3.30 petang di ruang hadapan dan ruang tepi PAPN.
























    Continue Reading...

    Education Ministry To Take Over PERMATA Negara Programme From 2012, Says Rosmah

    BERNAMA.COM (22 June 2010, Tuesday)

    Education Ministry To Take Over Permata Negara Programme From 2012, Says Rosmah


    KUALA LUMPUR, June 22 (Bernama) -- The Education Ministry will take over the implementation of the Permata Negara programme from 2012 when two relevant Acts have been amended by parliament, the prime minister's wife Datin Seri Rosmah Mansor disclosed Tuesday.

    Rosmah, who is also the patron of the programme, said according to the initial plan, the take-over by the ministry should commence in March next year, but amendments to the Education Act 1996 and Childcare Centre Act 1984 needed time to be fine-tuned.

    "The Education Ministry will take over the Permata programme of early childhood education and care," she said after chairing a meeting on strengthening the implementation of the programme at her residence, here.

    The Women, Family and Community Development Ministry will take over the running of the taska (kindergartens).

    Rosmah said the Permata Negara programme, however, would still be monitored by the Permata Programme Implementation Council chaired by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and the Permata Programme Monitoring Working Committee chaired by her.

    She said details of the take-over plan involved areas of jurisdiction of the agencies concerned, including providing trained pre-school teachers.

    According to her, some of the Taska Kemas and Taska Perpaduan had adhered to the Permata Negara curriculum.

    On the plan to strengthen the programme, Rosmah said it would involve the building and upgrading of 70 Taska Kemas, 27 Taska Perpaduan, eight kindergartens under the Sarawak Chief Minister's Department and 20 workplace or community kindergartens.

    On training of Permata teachers, she said several new elements had been incorporated such as creative and critical thinking, multiculturalism, introduction to music and instilling love for the country.

    Rosmah said private kindergartens interested to use the Permata Negara curriculum should apply for the licence first through the Women, Family and Community Development Ministry or the Education Ministry.

    -- BERNAMA

    Continue Reading...

    Education Ministry to take over PERMATA in 2012: Rosmah

    The Star Online (22 June 2010, Tuesday)

    Education Ministry to take over PERMATA in 2012: Rosmah


    KUALA LUMPUR: The Education Ministry will take over the implementation of the Permata Negara programme from 2012 when two relevant Acts have been amended by parliament, the prime minister's wife Datin Seri Rosmah Mansor disclosed Tuesday.

    Rosmah, who is also the patron of the programme, said according to the initial plan, the take-over by the ministry should commence in March next year, but amendments to the Education Act 1996 and Childcare Centre Act 1984 needed time to be fine-tuned.

    "The Education Ministry will take over the Permata programme of early childhood education and care," she said after chairing a meeting on strengthening the implementation of the programme at her residence, here.

    The Women, Family and Community Development Ministry will take over the running of the taska (kindergartens).

    Rosmah said the Permata Negara programme, however, would still be monitored by the Permata Programme Implementation Council chaired by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and the Permata Programme Monitoring Working Committee chaired by her. She said details of the take-over plan involved areas of jurisdiction of the agencies concerned, including providing trained pre-school teachers.

    According to her, some of the Taska Kemas and Taska Perpaduan had adhered to the Permata Negara curriculum.

    On the plan to strengthen the programme, Rosmah said it would involve the building and upgrading of 70 Taska Kemas, 27 Taska Perpaduan, eight kindergartens under the Sarawak Chief Minister's Department and 20 workplace or community kindergartens.

    On training of Permata teachers, she said several new elements had been incorporated such as creative and critical thinking, multiculturalism, introduction to music and instilling love for the country.

    Rosmah said private kindergartens interested to use the Permata Negara curriculum should apply for the licence first through the Women, Family and Community Development Ministry or the Education Ministry. - Bernama


    Continue Reading...

    Program PERMATA diambil alih dua kementerian mulai 2012: Rosmah

    Berita Harian Online (Rabu, 23 Jun 2010)

    Program Permata diambil alih dua kementerian mulai 2012: Rosmah


    2010/06/22

    KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan hanya mengambil alih pelaksanaan Program Permata Negara mulai 2012 iaitu selepas dua akta berkaitan dipinda di Dewan Rakyat, kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

    Rosmah yang juga Penaung Program Permata Negara berkata, mengikut perancangan awal, pengambilalihan itu dilaksanakan pada Mac tahun depan, tetapi pindaan kepada Akta Pelajaran 1996 dan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 memerlukan masa untuk diperhalusi.

    "Kementerian Pelajaran akan mengambil alih program seperti pendidikan dan penjagaan kanak-kanak, namun pemantauan kekal oleh pihak Majlis dan jawatankuasa yang telah ditubuhkan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pelaksanaan pemerkasaan program Permata Negara di kediamannya di sini, hari ini.

    Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pula akan mengambil alih pengendalian Taska. Rosmah berkata, program Permata bagaimanapun tetap dipantau oleh Majlis Pelaksanaan Program Permata yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan Jawatankuasa Kerja Pemantauan Program Permata yang dipengerusikan oleh beliau sendiri. Katanya, perincian pelan pengambilalihan itu melibatkan aspek bidang kuasa agensi terlibat termasuk penyediaan tenaga pendidik Permata yang terlatih.

    Beliau berkata, sebahagian Taska Kemas dan Taska Perpaduan telah mematuhi pendekatan kurikulum yang digunapakai oleh Permata Negara. Mengenai rancangan memperkasakan Program Permata Rosmah berkata ia membabitkan pembinaan dan penaiktarafan 70 buah Taska Kemas, 27 buah Taska Perpaduan, lapan buah Taska Jabatan Ketua Menteri Sarawak dan 20 buah Taska Tempat Kerja/Komuniti.

    Berhubung latihan tenaga pendidik Permata beliau berkata beberapa elemen baru ditambah dalam latihan itu seperti pemikiran kreatif dan kritis, pendidikan pelbagai budaya, pengenalan muzikal dan memupuk semangat cintakan negara. Rosmah juga berkata, taska swasta yang berminat menggunapakai kurikulum Permata Negara boleh memohon lesen melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ataupun Kementerian Pelajaran untuk berbuat demikian. - BERNAMA


    Continue Reading...

    Isnin, 21 Jun 2010

    Nature Walk

    Nature walk ini dilakukan pada waktu pagi oleh Cikgu Shiqin dengan Cikgu Mas bersama-sama dengan anak 1-2 tahun seramai 10 orang. Aktiviti ini dijalankan di sekitar PAPNKS. Anak-anak dibawa berjalan di sekeliling PAPNKS sambil melihat pemandangan sekitar PAPNKS dan pemandangan luar. Anak-anak dibawa berjalan tanpa alas kaki disebabkan untuk merasa tekstur dan perbezaan setiap laluan yang dipijak seperti rumput, batu, pasir, tanah, rubber mat dan simen. Anak-anak akan dibawa melalui kawasan berumput di sekitar rumah panjang yang mempunyai kawasan berbukit sedikit di bahagian belakangnya. Ini juga untuk melihat cara anak-anak berjalan di kawasan bukan tanah rata dan mengimbangkan badannya ketika berjalan.


    Sambil berjalan, anak-anak akan dibiarkan dengan pengawasan pendidik untuk meneroka setiap yang ditemui dan dilalui oleh mereka. Anak-anak akan memegang dan menyentuh pokok, rumput, bunga dan batu.



    Anak-anak akan dibawa untuk melihat bunga yang pelbagai warna, nama dan baunya. Pendidik akan menerangkan dan menamakan benda-benda yang ditemui oleh mereka.


    Anak-anak juga dibawa ke kawasan tanaman herba untuk melihat jenis herba yang ditanam. Anak-anak akan cuba menyentuh apa yang dilihat oleh mereka. Mereka akan mengetahui rupa bentuk herba yang mempunyai duri apabila dipegang, terasa sakit disebabkan durinya yang tajam seperti pokok aloevera. Ini akan membuatkan mereka akan lebih berhatihati lain kali apabila hendak menyentuhnya.


    Mereka juga dibawa ke kawasan tanaman sayuran yang berada di tepi PAPNKS. Anak-anak akan cuba mencabut daunnya kerana tertarik melihat bentuk daunnya yang berbeza bentuk di antara setiap sayuran di situ.


    Nature walk baik dijalankan pada waktu pagi supaya anak-anak dapat menghirup udara segar pada waktu pagi dan secara anak-anak juga dapat membuat aktiviti fizikal apabila dapat menggerakkan semua otot-otot badan mereka ketika berjalan.

    Continue Reading...

    Ahad, 20 Jun 2010

    Satu..satu..

    Satu, satu...
    Saya sayang ibu

    Dua, dua...
    Saya sayang bapa

    Tiga, tiga...
    Sayang adik kakak

    Satu, dua, tiga...
    Sayang semuanya.

    Continue Reading...

    Five Little Ducks

    Five little ducks went out to play
    Over the hill and far away.
    Mama duck said "quack, quack, quack, quack"
    Four little ducks came waddling back.

    Four little ducks went out to play
    Over the hill and far away.
    Mama duck said "quack, quack, quack, quack"
    Three little ducks came waddling back.

    Three little ducks went out to play
    Over the hill and far away.
    Mama duck said "quack, quack, quack, quack"
    Two little ducks came waddling back.

    Two little ducks went out to play
    Over the hill and far away.
    Mama duck said "quack, quack, quack, quack"
    One little ducks came waddling back.

    One little ducks went out to play
    Over the hill and far away.
    Mama duck said "quack, quack, quack, quack"
    None little ducks came waddling back.

    But when the Daddy duck said "quack, quack, quack, quack"
    Five little ducks came waddling back.

    Continue Reading...
     

    PERMATA Kota Samarahan Copyright © 2010 - 2013

    :: Weblog ini dikendalikan oleh Cik Ainul Ashiqin Mohammad ::
    :: PENAFIAN / DISCLAIMER ::
    Sebarang muaturun samada grafik,aplikasi,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri.
    Pihak webmaster PAPNKS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang berlaku ketika
    menggunakan maklumat di dalam laman web ini.
    :: HARAP MAKLUM ::