PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

Jumaat, 30 April 2010

Sambutan Hari Lahir Pendidik


Hari Jumaat, 30 April 2010 diadakan sambutan hari lahir pendidik di PAPNKS. Terdapat 3 orang pendidik yang lahir pada bulan April, iaitu Cikgu Shiqin, Cikgu Mas dan Cikgu Sha. Oleh itu, pendidik-pendidik mengadakan sambutan hari lahir pendidik bersama kanak-kanak di PAPNKS. Ibu bapa juga turut diundang untuk menyambut bersama.


Pendidik-pendidik dan PPM menyediakan kek hari lahir, goodies, minuman dan makanan untuk majlis ini. Cikgu Sha juga turut menyediakan topeng muka, topi hari lahir dan alat mainan jenis tiup kepada kanak-kanak. Ibu bapa juga turut menyumbang menyediakan makanan untuk majlis ini. Terdapat beberapa orang ibu bapa yang turut hadir ketika majlis ini diadakan.

Kek hari lahir pendidik telah disumbangkan oleh para pendidik dan PPM untuk dinikmati bersama anak-anak dan ibu bapa yang hadir.


Cikgu Sha sedang memakaikan topeng muka pada Amalludin sambil diperhatikan oleh Alex dan Benjamin di ruang luar hadapan pintu masuk utama PAPN yang mengadap kolam dan jambatan gantung.


Anak-anak dan ibu bapa sudah mula berkumpul di ruang luar hadapan PAPN. Semua masih menanti mee hoon goreng yang hampir siap disediakan di dapur oleh tukang masak PAPN.


3 orang pendidik yang menyambut hari lahir bersedia untuk memotong kek dengan dikelilingi oleh anak-anak PERMATA di ruang makan luar PAPN. Emak Aqhil juga bersedia untuk mengambil gambar kek hari lahir tersebut.


Aiman dan Ikhwan seronok bermain dengan tiup mainan yang diberi dan disediakan oleh Cikgu Sha. Anak-anak lain sedang asyik memerhatikan emak Alisya memotong kek.


Cikgu Shiqin, Cikgu Sha dan Cikgu Mas sedang mengagih dan memberi goodies kepada semua anak-anak di ruang tamu PAPN setelah semua selesai makan bersama ibu bapa masing-masing.


Kerja-kerja mengemas mula dilakukan oleh para emak setelah jamuan makan selesai dan anak-anak berada di ruang tamu PAPN untuk menikmati goodies yang diberi oleh para pendidik. Emak Hafiy sedang menyapu lantai manakala emak Dayana sedang membuat bancuhan serbuk pencuci untuk mencuci peralatan yang digunakan semasa jamuan makan.


Emak Dayana, emak Shasha dan emak Aiman sedang mencuci peralatan jamuan makan di ruang luar PAPN bersebelahan dengan kawasan parkir kereta. Aiman turut menemani emaknya membuat kerja walaupun cuaca agak panas. Terdapat beberapa emak yang lain turut membuat kerja di dapur dan bersama anak di dalam PAPN.


Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang turut melancarkan dan menjayakan majlis ini dengan sebaik mungkin, samada secara langsung mahupun secara tidak langsung.

Continue Reading...

Pemeriksaan Kesihatan Kanak-kanak

Pada hari Rabu, 28 April 2010 pihak Klinik Kesihatan Bahagian Samarahan telah datang ke PAPN untuk membuat pemeriksaan kesihatan kepada anak-anak PERMATA Kota Samarahan. Seramai 5 orang pihak Klinik Kesihatan Bahagian Samarahan yang telah datang dan diketuai oleh Encik Makie Thung. Seramai 39 orang kanak-kanak yang diperiksa pada hari tersebut dan seorang yang tidak hadir. Pada hari Jumaat, 30 April 2010 pihak Klinik Kesihatan Bahagian Samarahan telah datang sekali lagi untuk membuat pemeriksaan terhadap seorang lagi kanak-kanak yang tidak hadir dan tidak diperiksa ketika pemeriksaan pada hari Rabu, 28 April 2010.

Kanak-kanak diperiksa dari segi ukur lilit kepala, berat, ketinggian, suhu badan, kadar denyutan jantung, pernafasan, kawasan perut dan dada, alahan, tangan, kuku dan telinga. Bagi kanak-kanak lelaki, mereka diperiksa dengan lebih teliti di kawasan bahagian alat sulit mereka untuk memastikan tiada apa-apa masalah atau kemungkinan yang akan timbul.

Hampir semua ibu bapa yang telah datang menemani anak masing-masing untuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Sokongan, tanggung jawab dan kerjasama yang diberikan oleh pihak ibu bapa sangat dialu-alukan bagi menjayakan program dan aktiviti ini. Walaupun pihak klinik tiba agak lewat kerana masih ada tugas di tempat lain, pihak ibu bapa masih sanggup menunggu dan memberikan kerjasama sepanjang masa.

Keramahan, keceriaan keprihatinan dan tanggung jawab yang ditunjukkan dan dipamerkan oleh pihak Klinik Kesihatan membuatkan semua pihak selesa bekerjasama samada dari pihak PAPN, ibu bapa dan juga anak-anak PERMATA. Persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh pihak ibu bapa dan warga pendidik diterangkan sebaik mungkin dan penuh berhemah oleh pihak Klinik Kesihatan.

Warga pendidik dan staf PAPNKS juga bekerja bertungkus-lumus bagi menjayakan program ini. Semua pihak bergabung tenaga bagi melaksanakan tugas masing-masing yang telah diagihkan agar peranan masing-masing dapat dipertingkatkan dan dilaksanakan sebaik mungkin. Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Sha yang menjadi jurugambar pada Hari Pemeriksaan Kesihatan ini. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang membantu menjayakan program ini samada secara langsung mahupun secara tidak langsung.




Pihak Klinik Kesihatan Bahagian Samarahan bersama pendidik-pendidik dan seorang anak PERMATA




Ketua Pendidik membantu Encik Makie Thung di kawasan pemeriksaan dari segi buku rekod kesihatan kanak-kanak


Kanak-kanak lelaki dengan ditemani oleh emaknya diperiksa di bahagian alat sulit mereka oleh pihak Klinik Kesihatan


Perbincangan ibu bapa bersama pihak Klinik Kesihatan


Pendidik (Cikgu Mona dan Cikgu Peron) memastikan kanak-kanak bersama ibu bapa masing-masing dipanggil mengikut giliran untuk pemeriksaan


Kanak-kanak sedang menunggu giliran untuk diperiksa oleh pihak Klinik Kesihatan


Kanak-kanak sedang diukur lilitan kepalanya


Kanak-kanak sedang diperiksa kadar denyutan jantungnya


Kanak-kanak sedang diperiksa kuku dan tangannya


Perbincangan oleh Encik Makie Thung bersama Ketua Pendidik (Cikgu Shiqin) dan Penolong Ketua Pendidik (Cikgu Mas)

Continue Reading...

Sabtu, 24 April 2010

Statistik Anak PERMATA 2010


STATISTIK ANAK PERMATA KOTA SAMARAHAN 2010 MENGIKUT JANTINA

Pecahan Mengikut Umur

Pecahan Mengikut Jantina

Jumlah

Lelaki

Perempuan

<>

0

0

0

1-2 Tahun

8

2

10

2-3 Tahun

9

5

14

3-4 Tahun

8

8

16

JUMLAH

25

15

40


STATISTIK ANAK PERMATA KOTA SAMARAHAN 2010 MENGIKUT BANGSA

Pecahan Mengikut Bangsa

Pecahan Mengikut Jantina

Jumlah

Lelaki

Perempuan

Melayu

16

12

28

Iban

3

3

6

Cina

1

0

1

Melanau

2

0

2

Bidayuh

2

0

2

Bajau

1

0

1

JUMLAH

25

15

40


Continue Reading...

Gambar Kelas & Keseluruhan


Cikgu Shiqin dan Cikgu Mas bersama anak-anak PERMATA Kelas 1-2 tahun.
Dari kiri atas: Cikgu Shiqin, Zakwan, Ezhan, Hafiy, Aleeya dan Cikgu Mas.
Dari kiri bawah: Adli, Nizam, Aqhil dan Hariyth.
Tiada dalam gambar: Rabai'eah dan Eric.




Cikgu Sha bersama anak-anak PERMATA Kelas 2-3 tahun
Dari kiri belakang: Aqilah, Ridhwan, Mizie, Cikgu Sha, Tanjan, Rafiq, Yaasiin.
Dari kiri depan: Juliana, Nabil.
Tiada dalam gambar: Ben, Elfred, Fidel, Dayana, Athzim.




Cikgu Mona dan Cikgu Peron bersama anak-anak PERMATA Kelas 3-4 tahun
Dari kiri belakang: Sebastian, Amirul, Aiman, Alex, Amal, Ahim, Nazrin.
Dari kiri depan: Cikgu Mona, Mirza, Shafiqa, Shasha, Ain, Liyana, Alisya, Cikgu Peron.
Tiada dalam gambar: Kimi, Ikhwan, Tasha




Pendidik dan PPM bergambar dengan semua anak-anak PERMATA.
Dari kiri belakang: Cikgu Dayang, Cikgu Shiqin, Cikgu Peron, Nazrin, Shafiqa, Amirul, Mirza, Aiman, Alisya, Amal, Cikgu Mona, Cikgu Sha, Cikgu Mas.
Dari kiri tengah: Ain, Sebastian, Ridhwan, Shasha, Liyana, Ahim, Aqilah, Rafiq, Tanjan, Nabil, Yaasiin.
Dari kiri depan: Aleeya, Mizie, Ezhan, Zakwan, Aqhil, Nizam, Adli, Hariyth, Hafiy, Juliana.
Tiada dalam gambar: Rabai'eah, Eric, Ben, Elfred, Fidel, Dayana, Athzim, Alex, Kimi, Ikhwan, Tasha




Gambar anak-anak 1-4 tahun.
Dari kiri belakang: Nazrin, Shafiqa, Amirul, Mirza, Aiman, Alisya, Amal.
Dari kiri tengah: Ain, Sebastian, Ridhwan, Shasha, Liyana, Ahim, Aqilah, Rafiq, Tanjan, Nabil, Yaasiin.
Dari kiri depan: Aleeya, Mizie, Ezhan, Zakwan, Aqhil, Nizam, Adli, Hariyth, Hafiy, Juliana.
Tiada dalam gambar: Rabai'eah, Eric, Ben, Elfred, Fidel, Dayana, Athzim, Alex, Kimi, Ikhwan, Tasha



Continue Reading...

Warga Pendidik & PPM


PENDIDIK

Puan Juna anak Narin
Gred DG41
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Maklumat (Kepujian) Pengurusan Sistem Maklumat


UITM, Shah Alam

Puan Dina Fauziana binti Azlam
Gred DC41
Ijazah Sarjana Muda kaunseling dengan kepujian
UNIMAS 

Cik Ainul Ashiqin binti Mohammad
Gred DG41
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian)
Universiti Tun Abdul Razak

Puan Tini Kartini binti Senang
Gred DG41
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian)


Universiti Tun Abdul Razak

Cik Izzaidah binti Tony
Gred DG41
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak

Continue Reading...

Jumaat, 23 April 2010

Latar Belakang PAPN

Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) Kota Samarahan, Sarawak mula beroperasi pada 3 Mac 2008. Pada awal operasi PAPN, Pegawai Pemantau daripada HQ PERMATA yang memantau operasi perjalanan PAPN ialah Cik Noor Zuraida binti Abdul Hamid, Penyelia Perkembangan Kanak-kanak ialah Prof. Madya Dr. Rohani binti Abdullah, daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Ketua Penyelaras PAPN ialah Cik Wan Hamidah binti Wan Hasan. PAPN Kota Samarahan mempunyai 4 orang pendidik yang terdiri daripada Cik Wan Hamidah binti Wan Hasan, Cik Bakti binti Rapili, Puan Juna anak Narin dan Cik Rosmalyeza binti Ismail dan 2 orang Pembantu Pendidik iaitu Cik Dayang Norasikin binti Awang Sulaiman dan Cik Salmah binti Napi. PAPN Kota Samarahan mempunyai kanak-kanak seramai 20 orang iaitu 7 orang kanak-kanak lelaki dan 13 orang kanak-kanak perempuan yang terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa.

Pada awal tahun 2009, 2 orang pendidik menyambung pengajian iaitu Cik Rosmalyeza binti Ismail dan Puan Juna anak Narin. Jumlah kanak-kanak yang diambil bagi tahun 2009 adalah seramai 25 orang, dengan tenaga pendidik seramai 2 orang dan Pembantu Pusat seramai 2 orang. Pada Julai 2009, seramai 2 orang pendidik baru ditempatkan di PAPN Kota Samarahan iaitu Cik Ainul Ashiqin binti Mohammad dan Cik Peron Nanty anak Rupa. Pegawai Pemantau yang baru ialah Encik Mohd Imrizal Abdul Aziz daripada HQ PERMATA. Pada Ogos 2009 hingga kini, Ketua Pendidik yang baru ialah Cik Ainul Ashiqin binti Mohammad. Pada November 2009, seramai 3 orang pendidik baru ditempatkan di PAPN iaitu Cik Masabah binti Taha, Cik Monaliza binti Talip dan Cik Sharifah Rashidah binti Syed Md. Zain. Pada Disember 2009, Cik Wan Hamidah binti Wan Hasan dipindahkan ke PAPN Chiku dan bertugas sementara di PAPN Dungun. Pada penghujung tahun 2009, kawasan PAPN telah diubahsuai dan diperluaskan lagi bagi memudahkan dan melancarkan perjalanan operasi PAPN.

Bermula tahun 2010, pengambilan kanak-kanak adalah seramai 40 orang dengan tenaga pendidik seramai 6 orang dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) seramai 2 orang. Pada Februari 2010, seorang pendidik telah berhenti dan menjadikan jumlah pendidik seramai 5 orang sehingga kini.

Continue Reading...

Mesyuarat AJK Tertinggi PIBP yang ke-2

Hari ini, Jumaat (23 April 2010) diadakan Mesyuarat AJK Tertinggi PIBP yang ke-2 di PAPN. Mesyuarat bermula pada jam 5.00 petang dan berakhir pada jam 6.20 petang. Mesyuarat di pengerusikan oleh Pengerusi PIBP, En. Shbini dan dihadiri oleh AJK tertinggi PIBP seramai 14 orang dan 5 orang pendidik.

Mesyuarat diadakan bertujuan untuk membuat pemilihan dan penetapan aktiviti bulanan PIBP sepanjang tahun 2010 dan juga perancangan bagi aktiviti gotong-royong yang akan diadakan pada bulan Mei kelak. Aktiviti gotong-royong diadakan bertujuan untuk menceriakan dan mencantikkan semula bangunan dan kawasan PAPN.

Mesyuarat berjalan dengan lancar dan terkawal. Banyak idea dan cadangan yang diberi sepanjang mesyuarat dijalankan. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung di atas kerjasama yang diberi dari segi semua perkara.

Continue Reading...

Khamis, 1 April 2010

Baju Korporat dan T-Shirt Baru


Pendidik dan PPM PAPN Kota Samarahan

Cikgu Shiqin, Cikgu Sha, Cikgu Dayang, Cikgu Peron, Cikgu Mas, Cikgu Mona dan Cikgu Intan










Continue Reading...
 

PERMATA Kota Samarahan Copyright © 2010 - 2013

:: Weblog ini dikendalikan oleh Cik Ainul Ashiqin Mohammad ::
:: PENAFIAN / DISCLAIMER ::
Sebarang muaturun samada grafik,aplikasi,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri.
Pihak webmaster PAPNKS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang berlaku ketika
menggunakan maklumat di dalam laman web ini.
:: HARAP MAKLUM ::