PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

Sabtu, 10 Disember 2011

Gotong-royong keceriaan

Gotong-royong keceriaan telah diadakan pada 10 Disember 2011 (Sabtu). Aktiviti yang diadakan adalah mengecat ruang dalam PAPN, membaik pulih buku cerita, kostum, sofa dan alat muzik serta beberapa tugas dan kerja lain. Terdapat juga kerja-kerja mengecat yang masih belum disiapkan sepenuhnya dan akan disambung pada hari dan masa yang lain.

Terima kasih kepada semua ibu bapa dan warga PAPNKS yang dapat datang meluangkan masa untuk membuat aktiviti di PAPN dan bekerjasama dalam membantu tugas-tugas ibu bapa yang lain walaupun di luar bidang tugas masing-masing. Terima kasih semua...

Continue Reading...

Khamis, 24 November 2011

Program Kemahiran Keibubapaan

Program ini diadakan pada 23 November 2011 (Selasa) pada jam 1.00 - 2.30 tengahari bertempat di PAPNKS. Program ini dikendalikan oleh Puan Mahanom Basri, penyelia PERMATA. Program ini diadakan adalah untuk memberi peluang ibu bapa mengenali diri masing-masing dan pendedahan kepada ibu bapa mengenai kemahiran atau cara ibu bapa bermain bersama anak mereka dan sekaligus membantu perkembangan anak masing-masing.

Bagi slot yang pertama iaitu "Slot Kenali Diri", ibu bapa dapat mengenali diri masing-masing apabila berhadapan dengan anak sendiri dalam beberapa situasi dan kesan kepada anak di atas situasi yang berlaku.

Bagi slot yang kedua iaitu "Slot Perkembangan Kanak-kanak", ibu bapa menjalani beberapa aktiviti samada secara individu mahupun secara berpasangan. Setiap aktiviti yang dijalankan di dalam program ini turut mengetengahkan dan dikaitkan dengan 6 komponen bidang pembelajaran atau perkembangan anak PERMATA iaitu perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal, perkembangan sahsiah, sosio-emosi dan kerohanian, perkembangan awal matematik dan pemikiran logik, perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran, perkembangan estetika dan kreativiti dan perkembangan fizikal.
















Terima kasih diucapkan kepada Puan Mahanom yang dapat meluangkan masa dan berkongsi ilmu yang sangat berharga kepada semua ibu bapa dan warga PAPNKS. Terima kasih juga diucapkan kepada semua ibu bapa yang dapat meluangkan masa menghadiri program yang diadakan walaupun masa program diadakan adalah waktu yang cukup sibuk bagi yang bekerja. Terima kasih sekali lagi kepada semua pihak dan diharap semua pihak dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi, dipraktikkan dan dijadikan sebagai amalan yang berterusan...

Continue Reading...

Ahad, 30 Oktober 2011

Jom berkelah dan memanggang....

Aktiviti bagi bulan Oktober ialah "Jom berkelah dan memanggang..." yang diadakan pada 30 Oktober 2011 (Ahad). Majoriti ibu bapa yang datang dan membawa ahli keluarga masing-masing untuk memeriahkan lagi aktiviti yang diadakan di PAPNKS. Terdapat juga ibu bapa yang datang membawa makanan dan minuman lain sebagai tambahan selain yang disediakan oleh pihak PAPN. Antara aktiviti yang diadakan ialah anak-anak mandi di kolam sambil ditemani oleh ibu masing-masing dan para bapa pula memanggang di tepi PAPN. Antara yang dipanggang ialah ayam, sosej dan udang. Semua pihak berseronok dan menggunakan masa yang ada untuk meluangkan masa bersama keluarga masing-masing dan bertemu dengan keluarga anak-anak PERMATA yang lain.







Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat bagi memeriahkan dan menjayakan aktiviti ini. Semoga aktiviti yang dijalankan dapat memberi manfaat kepada semua.

Continue Reading...

Ahad, 25 September 2011

Mari ceriakan kawasan luar PAPN...

Aktiviti gotong-royong keceriaan luar PAPN telah diadakan pada 24 September 2011 (Sabtu) yang lalu. Aktiviti ini diadakan bertujuan menambahbaik dan menceriakan kawasan luar PAPN. Antara aktiviti yang dijalankan adalah membuat slot-slot kawasan tanaman, menambak tanah dan batu, mengalih tanaman yang kurang sesuai dan mengatur kawasan tanaman-tanaman tertentu seperti kawasan tanaman sayuran, herba, pokok buah dan pokok bunga.







Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang dapat meluangkan masa dan menyumbang tenaga bagi menjayakan aktiviti ini. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak yang memberi sumbangan tanah, batu sungai dan bata bagi kegunaan aktiviti ini. Terima kasih semua...

Continue Reading...

Ahad, 28 Ogos 2011

Sambutan Pra Kemerdekaan

Aktiviti PAPN bagi bulan Ogos adalah sambutan pra kemerdekaan yang disambut bersama anak-anak. Antara aktiviti yang dijalankan adalah menonton video kemerdekaan, mewarna gambar pelbagai kaum dan menyanyi lagu-lagu patriotik.




Continue Reading...

Sabtu, 16 Julai 2011

My Big Book

Aktiviti "My Big Book" telah diadakan pada 16 Julai 2011 (Sabtu) bertempat di PAPNKS bersama ibu bapa dan anak-anak PERMATA. Pertandingan membuat big book ini diadakan mengikut kumpulan umur anak-anak iaitu kumpulan 1 (kumpulan umur 1 & 2 tahun), kumpulan 2 (kumpulan umur 3 tahun) dan kumpulan 3 (kumpulan umur 4 tahun). Setiap kumpulan diberi masa selama 1 jam untuk menyiapkan big book bagi kumpulan masing-masing. Aktiviti ini dijalankan oleh ibu bapa bersama anak-anak PERMATA.




Setelah tamat masa yang diberi setiap kumpulan perlu menghantar wakil untuk membentangkan hasil kumpulan masing-masing dan menjawab pertanyaan daripada mana-mana pihak yang ingin bertanya soalan.




Kumpulan 3 (kumpulan umur 4 tahun) memilih tema kenderaan pengangkutan sebagai tema big book kumpulan mereka. Terdapat beberapa gambar kenderaan yang ada beserta penerangan kenderaan tersebut.


Kumpulan 2 (kumpulan umur 3 tahun) memilih tema keluarga saya sebagai tema big book kumpulan mereka. Setiap keluarga anak 3 tahun menampal gambar ahli keluarga masing-masing di ruangan keluarga mereka.


Kumpulan 1 (kumpulan umur 1 & 2 tahun) memilih tema buah-buahan sebagai tema big book kumpulan mereka. Terdapat pelbagai gambar buah-buahan yang ada beserta dengan nama buah-buahan tersebut.


Hasil big book yang dipilih sebagai pemenang adalah berdasarkan kriteria big book yang menarik, penghasilan big book mengikut tema yang dipilih, pemilihan gambar, tulisan yang besar, jelas dan sesuai untuk kanak-kanak dan penggunaan bahasa atau perkataan yang sesuai dengan umur kanak-kanak.

Penyampaian hadiah kepada kumpulan pemenang. Kumpulan 3 (kumpulan umur 4 tahun), big book yang bertemakan kenderaan pengangkutan mendapat tempat ketiga, kumpulan 2 (kumpulan umur 3 tahun), big book yang bertemakan keluarga saya mendapat tempat kedua dan kumpulan 1 (kumpulan umur 1 & 2 tahun), big book yang bertemakan buah-buahan mendapat tempat pertama.




Cikgu Mira selaku Ketua Biro Aktiviti PAPNKS dan PIBP turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada para pemenang, penglibatan dan kerjasama yang diberikan sepanjang menjayakan aktiviti ini.


Para pendidik sempat mengambil gambar kenangan sempena aktiviti yang dijalankan iaitu dari kiri Cikgu Shiqin dengan anak didikan dan jagaannya Ezhan Khair, Cikgu Mira, Cikgu Dina, Cikgu Tini, Cikgu Dayang dan Cikgu Juna.


Terima kasih kepada semua pihak yang turut menjayakan aktiviti ini samada secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga aktiviti seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang dan dapat memberi manfaat kepada semua pihak serta mendapat sambutan yang lebih menggalakkan lagi. Terima kasih semua...

Continue Reading...

Ahad, 19 Jun 2011

Selamat Hari Gawai Dayak & Hari Bapa

Sambutan Hari Gawai dan Hari Bapa telah diadakan pada 18 Jun 2011 (Sabtu) yang lalu. Beberapa aktiviti yang telah dijalankan seperti tarian poco-poco Hari Gawai, jamuan makan yang diiringi dengan lagu-lagu Hari Gawai, tayangan video tentang bapa dan pertukaran hadiah, dan hadiah tersebut disampaikan oleh anak kepada bapa masing-masing.





...SELAMAT HARI GAWAI DAYAK & HARI BAPA...

Continue Reading...

Sabtu, 18 Jun 2011

Majlis Perpisahan Cikgu Mas & Cikgu Mona

Majlis perpisahan Cikgu Mas dan Cikgu Mona telah diadakan pada 18 Jun 2011 (Sabtu) setelah selesai sambutan Hari Gawai Dayak dan Hari Bapa. Majlis ini diadakan sempena Cikgu Mas dan Cikgu Mona yang dapat melanjutkan pelajaran ke KPLI PERMATA selama setahun. Aktiviti yang diadakan adalah dengan menayangkan gambar-gambar sepanjang kedua-dua pendidik ini berkhidmat di PAPNKS dan bersama anak-anak PERMATA semenjak tahun 2009, memotong kek perpisahan bersama kesemua anak PERMATA sambil menyanyikan Lagu Sayonara dan sesi bersalam dan bergambar bersama semua.














Sayonara, sayonara
Sampai berjumpa lagi
Buat apa susah, buat apa susah
Susah itu tiada gunanya
Ingat, ingat
Itu remember
Jangan lupa
Itu don't forget
Saya sayang kamu
I love you
Hanya kamu
Only you.

Continue Reading...
 

PERMATA Kota Samarahan Copyright © 2010 - 2013

:: Weblog ini dikendalikan oleh Cik Ainul Ashiqin Mohammad ::
:: PENAFIAN / DISCLAIMER ::
Sebarang muaturun samada grafik,aplikasi,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri.
Pihak webmaster PAPNKS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang berlaku ketika
menggunakan maklumat di dalam laman web ini.
:: HARAP MAKLUM ::