PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

Sabtu, 30 April 2011

Program Mari Memasak

Program Mari Memasak telah diadakan pada 30 April 2011 (Sabtu). Program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan menu makanan kanak-kanak dan dewasa selain mengeratkan silaturahim sesama ibu bapa, pendidik dan anak-anak. Program yang diadakan ini juga dapat membantu ibu bapa mempelbagaikan makanan untuk hidangan anak-anak mereka apabila dapat berkongsi resepi, merasa menu baru dan melihat cara makanan dimasak serta dipersembahkan dengan pelbagai hiasan bagi setiap hidangan.


Program ini dimulakan dengan aktiviti musang berjanggut iaitu mencampurkan beberapa bahan di dalam satu uncang dan ibu bapa yang telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan perlu mengasingkan bahan tersebut dalam masa yang telah ditetapkan. Kumpulan yang paling cepat menyelesaikannya dianggap sebagai pemenang.




Aktiviti seterusnya adalah pertandingan memasak makanan kanak-kanak dan dewasa dalam masa yang telah ditetapkan. Menu dinilai berdasarkan mengikut kesesuaian makanan tersebut untuk kanak-kanak dan makanan untuk dewasa yang menepati tema masakan ala kampung. Ibu bapa berganding bahu sepanjang pertandingan dijalankan.















Setelah selesai pertandingan memasak, para juri menilai masakan yang telah siap dimasak. Selesai mengumumkan pemenangnya, semua pihak menjamu selera dengan hidangan yang telah disajikan dengan begitu cantik dan menarik serta menyelerakan.



Terima kasih kepada semua pihak yang telah sama-sama memeriahkan program ini. Semoga semua pihak mendapat manfaat dan merasai keseronokannya.
Continue Reading...

Jumaat, 15 April 2011

Pemeriksaan Kesihatan Siri 1/2011

Pemeriksaan kesihatan telah dijalankan pada 15 April 2011 (Jumaat) oleh pihak Klinik Kesihatan Bahagian Samarahan. Seramai 5 orang pihak kesihatan yang telah datang.











Terima kasih di atas kedatangan ke PAPNKS dan semoga bertemu lagi di lain masa.

Continue Reading...
 

PERMATA Kota Samarahan Copyright © 2010 - 2013

:: Weblog ini dikendalikan oleh Cik Ainul Ashiqin Mohammad ::
:: PENAFIAN / DISCLAIMER ::
Sebarang muaturun samada grafik,aplikasi,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri.
Pihak webmaster PAPNKS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang berlaku ketika
menggunakan maklumat di dalam laman web ini.
:: HARAP MAKLUM ::