PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

Ahad, 15 Julai 2012

Haiwan Ciptaanku...

Aktiviti haiwan ciptaanku diadakan pada 14 Julai 2012 (Sabtu) yang lalu mengikut tema bulan ini iaitu haiwan. Aktiviti ini diadakan bertujuan merangsang kanak-kanak untuk berfikir haiwan yang mereka ketahui dan cuba untuk menghasilkan haiwan tersebut mengikut kreativiti mereka disamping dengan bantuan ibu bapa. 

Aktiviti ini dijalankan menggunakan bahan-bahan kitar semula seperti surat khabar, botol plastik, kotak, bekas telur dan plastik yang dibawa oleh ibu bapa dan juga beberapa bahan yang disediakan oleh pihak PAPN.

Kanak-kanak turut membantu ibu bapa menghasilkan haiwan ciptaan masing-masing. Aktiviti ini dijalankan dalam 3 kumpulan mengikut kumpulan umur kanak-kanak iaitu 2 tahun, 3 tahun dan 4 tahun. Kanak-kanak turut membantu merenyukkan, menggumpal dan mengoyak kertas surat khabar. Kanak-kanak turut meneka haiwan yang dihasilkan oleh ibu bapa masing-masing di dalam kumpulan tersebut.

Setelah semua selesai menghasilkan haiwan ciptaan masing-masing, wakil ibu bapa bagi setiap kumpulan diminta untuk menerangkan dan menunjukkan hasil ciptaan masing-masing kepada semua kumpulan.

Aktiviti yang terakhir diadakan adalah setiap kumpulan iaitu ibu bapa, kanak-kanak, pendidik dan PPM perlu membuat pergerakan kreatif dengan menggunakan muzik Chicken Dance.
















Continue Reading...
 

PERMATA Kota Samarahan Copyright © 2010 - 2013

:: Weblog ini dikendalikan oleh Cik Ainul Ashiqin Mohammad ::
:: PENAFIAN / DISCLAIMER ::
Sebarang muaturun samada grafik,aplikasi,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri.
Pihak webmaster PAPNKS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang berlaku ketika
menggunakan maklumat di dalam laman web ini.
:: HARAP MAKLUM ::