Program ini diadakan pada 23 November 2011 (Selasa) pada jam 1.00 - 2.30 tengahari bertempat di PAPNKS. Program ini dikendalikan oleh Puan Mahanom Basri, penyelia PERMATA. Program ini diadakan adalah untuk memberi peluang ibu bapa mengenali diri masing-masing dan pendedahan kepada ibu bapa mengenai kemahiran atau cara ibu bapa bermain bersama anak mereka dan sekaligus membantu perkembangan anak masing-masing.
Bagi slot yang pertama iaitu "Slot Kenali Diri", ibu bapa dapat mengenali diri masing-masing apabila berhadapan dengan anak sendiri dalam beberapa situasi dan kesan kepada anak di atas situasi yang berlaku.
Bagi slot yang kedua iaitu "Slot Perkembangan Kanak-kanak", ibu bapa menjalani beberapa aktiviti samada secara individu mahupun secara berpasangan. Setiap aktiviti yang dijalankan di dalam program ini turut mengetengahkan dan dikaitkan dengan 6 komponen bidang pembelajaran atau perkembangan anak PERMATA iaitu perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal, perkembangan sahsiah, sosio-emosi dan kerohanian, perkembangan awal matematik dan pemikiran logik, perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran, perkembangan estetika dan kreativiti dan perkembangan fizikal.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Mahanom yang dapat meluangkan masa dan berkongsi ilmu yang sangat berharga kepada semua ibu bapa dan warga PAPNKS. Terima kasih juga diucapkan kepada semua ibu bapa yang dapat meluangkan masa menghadiri program yang diadakan walaupun masa program diadakan adalah waktu yang cukup sibuk bagi yang bekerja. Terima kasih sekali lagi kepada semua pihak dan diharap semua pihak dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi, dipraktikkan dan dijadikan sebagai amalan yang berterusan...
0 ulasan:
Catat Ulasan