PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

Ahad, 27 Oktober 2013

BBQ dan Sukaneka

Hari ini (27 Oktober 2013, Ahad), seramai 16 keluarga PAPNKS yang mengikuti aktiviti bbq dan sukaneka yang telah dijalankan di Pasir Pandak D'Curve, Kuching. Aktiviti yang dijalankan adalah penglibatan ibu bapa bersama anak dan pendidik.

Aktiviti memanggang dijalankan serentak dengan aktiviti sukaneka. Aktiviti sukaneka yang dijalankan adalah mengisi air ke dalam botol, berlari ikat kaki dan meniup belon sehingga pecah, mencari telur penyu, membina istana pasir dan menolak relung.

Setelah selesai semua acara sukaneka, semua pihak menjamu selera dengan makanan yang telah dipanggang dan juadah yang dibawa oleh setiap keluarga. Keluarga Adry juga telah mengadakan sambutan hari jadi Adry yang ke-3 tahun dan memberi goodies kepada semua kanak-kanak yang ada.

Semoga aktiviti yang dijalankan dapat mengeratkan silaturahim di antara semua pihak, dapat bersantai dan meluangkan masa hujung minggu bersama keluarga masing-masing, anak-anak terdedah dan merasai suasana di pantai dan laut, semua pihak bergembira dan menanamkan semangat bekerjasama di kalangan semua pihak.





































Terima kasih di atas komitmen, kerjasama dan kehadiran semua pihak di dalam aktiviti yang dijalankan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

PERMATA Kota Samarahan Copyright © 2010 - 2013

:: Weblog ini dikendalikan oleh Cik Ainul Ashiqin Mohammad ::
:: PENAFIAN / DISCLAIMER ::
Sebarang muaturun samada grafik,aplikasi,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri.
Pihak webmaster PAPNKS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang berlaku ketika
menggunakan maklumat di dalam laman web ini.
:: HARAP MAKLUM ::