Pihak pergigian daripada Klinik Kesihatan Kota Samarahan telah datang ke PAPNKS pada 6 Disember 2010 (Isnin) yang lalu untuk membuat pemeriksaan gigi terhadap anak-anak 3 dan 4 tahun. Seramai 4 orang pihak pergigian yang telah datang. Pemeriksaan tersebut dijalankan di dalam Bilik Aktiviti Anak 4 Tahun.
Anak-anak diperiksa seorang demi seorang. Semua anak-anak yang diperiksa memberi kerjasama semasa diperiksa dan tidak menangis. Ada juga anak yang ditampal giginya apabila mendapati giginya berlubang.
0 ulasan:
Catat Ulasan