PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

Selasa, 7 Disember 2010

Pemeriksaan Gigi

Pihak pergigian daripada Klinik Kesihatan Kota Samarahan telah datang ke PAPNKS pada 6 Disember 2010 (Isnin) yang lalu untuk membuat pemeriksaan gigi terhadap anak-anak 3 dan 4 tahun. Seramai 4 orang pihak pergigian yang telah datang. Pemeriksaan tersebut dijalankan di dalam Bilik Aktiviti Anak 4 Tahun.
Anak-anak diperiksa seorang demi seorang. Semua anak-anak yang diperiksa memberi kerjasama semasa diperiksa dan tidak menangis. Ada juga anak yang ditampal giginya apabila mendapati giginya berlubang.









Terima kasih kepada pihak pergigian Kota Samarahan kerana sudi membuat pemeriksaan gigi terhadap anak-anak permata PAPNKS. Tahniah buat anak-anak permata sekalian kerana semuanya berani dan tidak menangis apabila diperiksa gigi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

PERMATA Kota Samarahan Copyright © 2010 - 2013

:: Weblog ini dikendalikan oleh Cik Ainul Ashiqin Mohammad ::
:: PENAFIAN / DISCLAIMER ::
Sebarang muaturun samada grafik,aplikasi,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri.
Pihak webmaster PAPNKS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang berlaku ketika
menggunakan maklumat di dalam laman web ini.
:: HARAP MAKLUM ::