PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

Selasa, 15 Februari 2011

Selamat Tahun Baru Cina

Pada 14 Februari 2011 (Isnin) yang lalu, PAPNKS telah mengadakan sambutan Tahun Baru Cina bersama ibu bapa dan anak-anak PERMATA. Masih belum terlewat untuk pihak PAPNKS untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada sesiapa yang menyambutnya dan untuk keluarga ANgelina Lau Yee Ping yang turut menyambutnya. Sambutan Tahun Baru Cina ini merupakan julung-julung kalinya diadakan di PAPNKS sejak PAPNKS beroperasi pada tahun 2008. Semoga sambutan yang diadakan ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama ibu bapa, pendidik dan anak-anak PERMATA serta dapat memperkenalkan budaya dan perayaan kaum Cina kepada anak-anak PERMATA. Pelbagai aktiviti yang diadakan di PAPNKS bagi memeriahkan lagi sambutan ini.

Beberapa hari sebelum sambutan diadakan, pihak PAPNKS telah berganding bahu untuk membeli dan membuat hiasan serta menghias PAPN untuk mewujudkan suasana sambutan Tahun Baru Cina.

Cikgu Mira, Cikgu Mona, Cikgu Mas, Kak Min dan Kak Gambar turut sama membantu menghias kawasan hadapan PAPN sambil dilihat dan diperhati oleh anak-anak yang minum petang pada ketika ini. Anak-anak sibuk bertanya tentang hiasan dan apa yang dilakukan oleh cikgu-cikgu mereka. Anak-anak seronok melihat hiasan yang telah digantung dan bergerak-gerak ditup angin petang.



Cikgu Mira dan Cikgu Shiqin berjalan kaki di sekitar kawasan Desa Ilmu berhampiran PAPN untuk mencari ranting kayu yang sesuai untuk dijadikan pokok hiasan untuk sambutan Tahun Baru Cina.


Cikgu Mira menghias botol yang dijadikan sebagai pasu pokok ini. Cikgu Mas telah mengisi pasir ke dalam botol ini yang dijadikan sebagai pemberat botol dan menstabilkan kedudukan ranting kayu yang ditanam di dalamnya. Semua pendidik turut sama membuat bunga-bunga sakura yang digunting daripada kertas pembalut hadiah untuk dimasukkan pada ranting-ranting kayu ini. Reben-reben merah juga turut diikat pada ranting-ranting kayu ini.




Cikgu Mas menjaga kaunter pendaftaran untuk memastikan semua ibu bapa mengisi borang meneka jumlah buah limau yang terdapat di dalam balang tersebut dan menyimpan borang tersebut di dalam bekas borang yang disediakan.


Saat yang ditunggu-tunggu oleh semua iaitu jamuan makan. Juadah yang disediakan adalah daripada ibu bapa yang membawa makanan dan minuman bersama-sama untuk dihidang, dikongsi dan dirasai oleh semua. Anak-anak juga turut seronok melihat pelbagai juadah yang dihidangkan.


Aktiviti yang diadakan untuk ibu bapa bersama anak masing-masing adalah membuat kolaj kapas arnab. Aktiviti ini dibahagikan mengikut kumpulan kelas umur anak-anak iaitu 1-2 tahun, 2-3 tahun dan 3-4 tahun.






Cikgu Juna sempat bergambar dengan anak-anak sambil menggunakan tema telinga arnab yang merupakan haiwan bagi Tahun Baru Cina 2011 ini.


Cikgu Mona dan Cikgu Mira yang menggunakan pakaian tema Tahun Baru Cina turut bergambar dengan anak-anak.


Dayana dan ibunya sempat bergambar di kawasan meja pendaftaran.


Mizie dan ibunya sempat bergambar di atas jambatan gantung sebelum sesi bergambar bagi kelas 3-4 tahun.


Gambar kenangan ibu bapa, anak dan pendidik untuk kelas 1-2 tahun di hadapan rumah panjang.


Gambar kenangan para ibu, anak dan pendidik untuk kelas 2-3 tahun di atas jambatan gantung.


Gambar kenangan ibu bapa, anak dan pendidik untuk kelas 3-4 tahun di ruang hadapan PAPN.


Sesi pemberian angpau oleh para pendidik kepada anak-anak PERMATA kelas masing-masing. Sumbangan angpau adalah daripada sumbangan ikhlas para pendidik dan staf PAPNKS.




Ketua Pendidik menyampaikan hadiah iaitu balang yang berisi buah limau yang diteka jumlah buah limaunya oleh ibu bapa kepada ibu Angelina yang memenangi peraduan teka jumlah buah limau. Jumlah buah limau yang terdapat di dalam balang tersebut adalah sebanyak 76 biji dan ibu Angelina yang meneka 83 biji merupakan peneka yang paling hampir dengan jumlah sebenarnya. Tahniah diucapkan.


Hadiah kejutan adalah untuk ibu bapa dan anak yang berpakaian bertemakan Tahun Baru Cina dan pemenangnya ialah Tanjan dan ibunya. Tahniah diucapkan.


Pendidik dan anak-anak menonton video sambutan Tahun Baru Cina dan video tarian singa bersama-sama setelah selesai semua aktiviti.



Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah sama-sama menjayakan program sambutan Tahun Baru Cina ini samada secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga semua pihak terhibur dan berpuas hati dengan program yang diadakan. Semoga sambutannya akan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang, dipertingkatkan dan dipelbagaikan lagi aktiviti yang dijalankan. Selamat Tahun Baru Cina.....

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

PERMATA Kota Samarahan Copyright © 2010 - 2013

:: Weblog ini dikendalikan oleh Cik Ainul Ashiqin Mohammad ::
:: PENAFIAN / DISCLAIMER ::
Sebarang muaturun samada grafik,aplikasi,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri.
Pihak webmaster PAPNKS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang berlaku ketika
menggunakan maklumat di dalam laman web ini.
:: HARAP MAKLUM ::