Saat yang ditunggu-tunggu oleh semua iaitu jamuan makan. Juadah yang disediakan adalah daripada ibu bapa yang membawa makanan dan minuman bersama-sama untuk dihidang, dikongsi dan dirasai oleh semua. Anak-anak juga turut seronok melihat pelbagai juadah yang dihidangkan.
Cikgu Mona dan Cikgu Mira yang menggunakan pakaian tema Tahun Baru Cina turut bergambar dengan anak-anak.
Dayana dan ibunya sempat bergambar di kawasan meja pendaftaran.
Mizie dan ibunya sempat bergambar di atas jambatan gantung sebelum sesi bergambar bagi kelas 3-4 tahun.
Gambar kenangan ibu bapa, anak dan pendidik untuk kelas 1-2 tahun di hadapan rumah panjang.
Gambar kenangan para ibu, anak dan pendidik untuk kelas 2-3 tahun di atas jambatan gantung.
Gambar kenangan ibu bapa, anak dan pendidik untuk kelas 3-4 tahun di ruang hadapan PAPN.
Sesi pemberian angpau oleh para pendidik kepada anak-anak PERMATA kelas masing-masing. Sumbangan angpau adalah daripada sumbangan ikhlas para pendidik dan staf PAPNKS.
Ketua Pendidik menyampaikan hadiah iaitu balang yang berisi buah limau yang diteka jumlah buah limaunya oleh ibu bapa kepada ibu Angelina yang memenangi peraduan teka jumlah buah limau. Jumlah buah limau yang terdapat di dalam balang tersebut adalah sebanyak 76 biji dan ibu Angelina yang meneka 83 biji merupakan peneka yang paling hampir dengan jumlah sebenarnya. Tahniah diucapkan.
Hadiah kejutan adalah untuk ibu bapa dan anak yang berpakaian bertemakan Tahun Baru Cina dan pemenangnya ialah Tanjan dan ibunya. Tahniah diucapkan.
Pendidik dan anak-anak menonton video sambutan Tahun Baru Cina dan video tarian singa bersama-sama setelah selesai semua aktiviti.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah sama-sama menjayakan program sambutan Tahun Baru Cina ini samada secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga semua pihak terhibur dan berpuas hati dengan program yang diadakan. Semoga sambutannya akan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang, dipertingkatkan dan dipelbagaikan lagi aktiviti yang dijalankan. Selamat Tahun Baru Cina.....