Pihak PAPNKS telah dijemput untuk menghadiri Majlis Perasmian Kursus Pendidik Permata Negara Siri 18 & 19 pada 10 Januari 2011 (Isnin) yang lalu. Majlis ini diadakan di Dewan Auditorium Yayasan Sarawak, Kuching. Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Datin Hajah Fatimah Abdullah, Menteri di Pejabat Ketua Menteri merangkap Pengerusi Majlis Pembangunan Pendidikan Awal Kanak-kanak Sarawak (MPAKS).
Kursus Pendidik Permata Negara Siri 18 & 19 tahun 2011 diadakan pada 9 Januari hingga 3 Februari 2011 bertempat di Yayasan Sarawak, Jalan Sultan Tengah, Kuching. Objektif kursus ini adalah untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran pendidik dalam melaksanakan program pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang berumur 0-4 tahun.
Kursus Pendidik Permata Negara Siri 18 & 19 tahun 2011 adalah anjuran Jabatan Ketua Menteri Sarawak melalui Unit Pembangunan Sumber Manusia dan Kualiti (HRDQ) dengan kerjasama Bahagian PERMATA Jabatan Perdana Menteri, Universiti Putra Malaysia, Yayasan Sarawak dan Biro Perkhidmatan Pendidikan, Majlis Islam Sarawak.
0 ulasan:
Catat Ulasan