Program Mari Memasak telah diadakan pada 30 April 2011 (Sabtu). Program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan menu makanan kanak-kanak dan dewasa selain mengeratkan silaturahim sesama ibu bapa, pendidik dan anak-anak. Program yang diadakan ini juga dapat membantu ibu bapa mempelbagaikan makanan untuk hidangan anak-anak mereka apabila dapat berkongsi resepi, merasa menu baru dan melihat cara makanan dimasak serta dipersembahkan dengan pelbagai hiasan bagi setiap hidangan.
Program ini dimulakan dengan aktiviti musang berjanggut iaitu mencampurkan beberapa bahan di dalam satu uncang dan ibu bapa yang telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan perlu mengasingkan bahan tersebut dalam masa yang telah ditetapkan. Kumpulan yang paling cepat menyelesaikannya dianggap sebagai pemenang.
Aktiviti seterusnya adalah pertandingan memasak makanan kanak-kanak dan dewasa dalam masa yang telah ditetapkan. Menu dinilai berdasarkan mengikut kesesuaian makanan tersebut untuk kanak-kanak dan makanan untuk dewasa yang menepati tema masakan ala kampung. Ibu bapa berganding bahu sepanjang pertandingan dijalankan.