Khamis, 21 Oktober 2010
Sepetang Bersama Wall's
Lawatan Ke Balai Bomba & Penyelamat oleh Anak-anak 1-2 Tahun
Anak-anak semuanya sudah bersedia hendak pergi ke Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan. Semuanya sudah kenyang selepas minum pagi.
Kita dah sampai Balai Bomba ni..semua pegang tangan kawan...lepas ni baru kita boleh masuk...kata Cikgu Mas.
Cuba tengok ikan dekat dalam akuarium tu...besarnya ikan..kata Cikgu Intan.
Bomba menunjukkan suis siren kecemasan di dalam Balai Bomba dan membiarkan seketika untuk anak-anak mendengarnya.
Terima kasih kepada pihak Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan yang sudi menyambut kedatangan dan menerima lawatan daripada pihak PAPN Kota Samarahan. Terima kasih juga diucapkan kepada Encik Kam dan anggota bomba yang lain yang sudi memberi penerangan tentang bomba, memberi peluang dan pengalaman serta melayan karenah anak-anak permata yang baru kali pertama datang ke Balai Bomba ini.