Pada 27 Mac 2010 (Sabtu), Majlis Doa Selamat diadakan sempena ulang tahun ke-2 PAPN Kota Samarahan dan pembukaan bangunan baru di sebelah bangunan yang lama. Ibu bapa dan anak-anak PERMATA mula tiba seawal jam 8 pagi.
Biro Makanan sedang membuat penyediaan dan persiapan minuman dan kelengkapan untuk jamuan makan, dengan dibantu oleh ibu bapa yang lain di ruang dapur.
Ibu bapa mula berkumpul di ruang tamu kerana majlis akan bermula pada jam 9 pagi. Pada jam 9 pagi ucapan daripada Pengerusi PIBP sebagai pembuka tirai majlis.
Ucapan daripada wakil Pengerusi PIBP iaitu Puan Dyg Fatimawati selaku Bendahari PIBP sebagai memulakan atur cara majlis.
Atur cara seterusnya adalah mengazankan di empat sudut dan di dalam semua bilik di dalam PAPNKS. Azan dilakukan oleh beberapa orang bapa dengan diketuai oleh Encik Taip.
Bacaan Surah Yasin beramai-ramai dengan diketuai oleh Encik Taip. Setelah selesai bacaan Surah Yasin, Encik Taip membaca dan melafazkan doa selamat.
Setelah selesai semua, jamuan makan diadakan. Jamuan makan diadakan di ruang hadapan PAPNKS.
Selesai jamuan makan, ibu bapa mengemas dan membersihkan kawasan jamuan makan dan kawasan majlis bersama-sama.
Pengerusi PIBP, Encik Shbini (kiri) cuba meluangkan masa untuk datang ke majlis walau dalam kesibukan tugas. Encik Shbini bersama Encik Sukrie (tengah) dan Encik Taip (kanan), Ketua Biro Agama.