PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

Ahad, 25 Ogos 2013

Ramah Tamah Aidilfitri 2013

Ramah tamah Aidilfitri telah diadakan pada 24 Ogos 2013 (Sabtu) di perkarangan hadapan luar PAPNKS bersama ibu bapa dan anak-anak PERMATA. Aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan menganyam ketupat, karaoke lagu raya, pemberian duit raya kepada anak-anak dan jamuan makan.








Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua....

Continue Reading...

Sabtu, 23 Mac 2013

Majlis Doa Selamat & Sambutan Ulangtahun PAPNKS yang Ke-5

Majlis Doa Selamat dan Sambutan Ulangtahun PAPNKS yang Ke-5 telah diadakan pagi, 23 Mac 2013 bertempat di PAPN Kota Samarahan. Syukur alhamdulillah program tetap dapat dijalankan dan terima kasih di atas kehadiran ibu bapa, ahli keluarga dan anak-anak PERMATA dan pendidik yang dapat meluangkan masa dan meredah hujan rahmat awal pagi tadi. 

Program ini diadakan dengan ucapan Ketua Pendidik, Cikgu Juna dan wakil Pengerusi PIBP, Puan Rosmarlinawatie (Ibu Khaleesh) selaku Setiausaha PIBP untuk memberi ucapan dan makluman kepada ibu bapa serta diteruskan dengan bacaan Surah Yasiin dan bacaan tahlil dengan diketuai oleh Encik Hamdan (Bapa Adlina). 

Terima kasih juga kepada semua pihak yang turut membawa juadah lauk 'potluck' untuk dimakan bersama-sama. Semuanya sedap belaka.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini.




Continue Reading...

Jumaat, 22 Mac 2013

Ceramah Pergigian & Latihan Memberus Gigi

Pada petang 22 Mac 2013 (Jumaat), pihak jururawat Klinik Pergigian Bahagian Samarahan telah datang ke PAPN Kota Samarahan untuk memberi ceramah pergigian kepada anak-anak PERMATA dan mengadakan latihan memberus gigi kepada anak-anak PERMATA dengan kerjasama ibu bapa mereka.

Ceramah pergigian yang diadakan untuk memberi penerangan mengenai cara penjagaan gigi, kebaikan menjaga gigi, keburukan tidak menjaga gigi, pemilihan makanan dan demonstrasi menggosok gigi kepada anak-anak PERMATA. Latihan memberus gigi yang diadakan untuk memberi peluang kepada anak-anak mengaplikasikan cara menggosok gigi yang telah ditunjukkan oleh jururawat semasa ceramah dan memberi peluang kepada ibu bapa untuk mengajar anak-anak cara menggosok gigi dengan betul.

Antara ibu bapa yang telah datang untuk memberi sokongan dalam aktiviti yang diadakan ialah Puan Annelisa (ibu Nisha), Puan Rahayu (ibu Arianna), Encik Mahathir (bapa Shaqief), Puan Minar (ibu Hamzah), Puan Nur Syafika Wisa (ibu Adry) dan kakak dan abang kepada Afiq.

Terima kasih kepada semua pihak yang turut menjayakan aktiviti yang diadakan dan diharap mendapat manfaat dan menambah pengetahuan sedia ada.







Continue Reading...

Isnin, 4 Mac 2013

Carta Organisasi PIBP 2013

Carta Organisasi 2013
PENASIHAT
Puan Juna anak Narin

TIMBALAN PENASIHAT
Puan Dina Fauziana binti Azlam

PENGERUSI
Puan Dayang Mazinah binti Awang Ahmat

TIMBALAN PENGERUSI
Encik Mahathir bin Mahamud

SETIAUSAHA
Puan Rosmarlinawatie binti Md Rosidi

TIMBALAN SETIAUSAHA
Cik Ainul Ashiqin binti Mohammad

BENDAHARI
Puan Noor Azyyati binti Abdullah

TIMBALAN BENDAHARI
Cik Izzaidah binti Tony

BIRO AKTIVITI
Puan Tini Kartini binti Senang



Carta Organisasi PIBP 2012


Penasihat  : Cik Ainul Ashiqin binti Mohammad
Tim. Penasihat : Puan Tini Kartini binti Senang
Pengerusi : Encik Sapian bin Tapa
Tim. Pengerusi : Puan Dayang Mazinah binti Awang Ahmat
Setiausaha      : Puan Sharifah Khadijah binti Wan Ahun
Tim. Setiausaha : Puan Dina Fauziana binti Azlam
Bendahari : Puan Analiza binti Assim
Tim. Bendahari : Puan Juna anak Narin
Biro Aktiviti      : Puan Jauyah binti Len (K)
                                Cik Mira Nabila bt Romli (PK)



Carta Organisasi PIBP 2011


Penasihat : Cik Ainul Ashiqin binti Mohammad
Tim. Penasihat : Puan Tini Kartini binti Senang
Pengerusi : Encik Shbini bin Saini
Tim. Pengerusi : Puan Hamni binti Bostari
Setiausaha      : Puan Dina Fauziana binti Azlam
Tim. Setiausaha : Puan Kasmawate binti Che Kamarudin
Bendahari : Puan Juna anak Narin
Tim. Bendahari : Puan Minah binti Adeng
Biro Makanan : Puan Masniah binti Seri (K)
Encik Mohd Fazli bin Yusop (PK)
Biro Keselamatan : Puan Rosmie binti Tapa (K)
& Pengangkutan Encik Kenny anak Balang (PK)
Biro Agama : Encik Hamzeh bin Ameran (K)
Encik Hamdan bin Sedi (PK)
Biro Kebersihan    : Puan Dayang Mazinah binti Awang Ahmat (K)
& Keceriaan Puan Rajibah binti Sahat (PK)
Biro Aktiviti : Cik Mira Nabila bt Romli (K)
Puan Milah anak Munang (PK)
Biro Kebajikan,    : Puan Analiza binti Assim (K)
Dana & Tajaan Encik Sapian bin Tapa (PK)
Biro Hadiah        : Encik Awg Mohamad Ramadani bin Awg Adi (K)
& Cenderahati Puan Raobah binti Sulaiman (PK)
Biro Protokol,       : Puan Sarimah binti Ismail (K)
Promosi & Siaraya Puan Zuraida binti Sulaiman (PK)


Carta Organisasi PIBP 2010

Penasihat : Cik Ainul Ashiqin binti Mohammad
Tim. Penasihat : Puan Masabah binti Taha
Pengerusi : Encik Shbini bin Saini
Tim. Pengerusi : Puan Jalia binti Lamat
Setiausaha      : Cik Monaliza binti Talip
Tim. Setiausaha : Puan Roszie binti Saparman
Bendahari : Puan Juna anak Narin
Tim. Bendahari : Puan Dayang Fatimawati binti Awang Alli
Biro Makanan : Puan Hamni binti Bostari (K)
Puan Norafidah binti Jangani (PK)
Biro Keselamatan : Encik Sukrie bin Madink (K)
& Pengangkutan Encik Mohamad Farihan bin Abdullah (PK)
Biro Agama : Encik Taip bin Sidi (K)
Encik Abg. Abdul Karim bin Abg. Zulkipli (PK)
Biro Kebersihan    : Puan Minah binti Adeng (K)
& Keceriaan Puan Kasmawate binti Che Kamarudin (PK)
Biro Aktiviti : Puan Rosmie binti Tapa (K)
Puan Halizawat binti Ahit (PK)
Biro Kebajikan,    : Puan Sharifah Khadijah binti Wan Ahun (K)
Dana & Tajaan Puan Sharifah Khamisah binti Wan Radili (PK)
Biro Hadiah        : Puan Raobah binti Sulaiman (K)
& Cenderahati Puan Yusni binti Polis (PK)
Biro Protokol,       : Puan Masniah binti Seri (K)
Siaraya & Publisiti Puan Analiza binti Assim (PK)

Continue Reading...

Carta Organisasi PAPNKS 2013

SETIAUSAHA BAHAGIAN PERMATA
Puan Saidatu Akhma Abdul Hassan

KETUA PENDIDIK
Puan Juna anak Narin

PEN. KETUA PENDIDIK
Puan Dina Fauziana binti Azlam

SETIAUSAHA
Cik Ainul Ashiqin binti Mohammad

BENDAHARI
Cik Izzaidah binti Tony

AJK AKTIVITI
Puan Tini Kartini binti Senang


Carta Organisasi PAPNKS 2012

Ketua Pendidik         :  Cik Ainul Ashiqin binti Mohammad
Pen. Ketua Pendidik:  Puan Tini Kartini binti Senang
Setiausaha                :  Puan Dina Fauziana binti Azlam
Pen. Setiausaha       :  Puan Salmah binti Napi
Bendahari                  :  Puan Juna anak Narin
Pen. Bendahari         :  Puan Dayang Norasikin binti Awang Sulaiman
AJK Aktiviti                :  Cik Mira Nabila bt Romli
                                       Cik Monaliza binti Talip

Carta Organisasi PAPNKS 2011

Ketua Pendidik         :  Cik Ainul Ashiqin binti Mohammad
Pen. Ketua Pendidik:  Puan Tini binti Senang
Setiausaha                :  Puan Dina Fauziana binti Azlam
Pen. Setiausaha       :  Puan Salmah binti Napi
Bendahari                  :  Puan Juna anak Narin
Pen. Bendahari         :  Puan Dayang Norasikin binti Awang Sulaiman
AJK Aktiviti                :  Cik Mira Nabila bt Romli


Carta Organisasi PAPNKS 2010


Ketua Pendidik         :  Cik Ainul Ashiqin binti Mohammad
Pen. Ketua Pendidik:  Puan Masabah binti Taha
Setiausaha                :  Cik Monaliza binti Talip
Pen. Setiausaha       :  Cik Dayang Norasikin binti Awang Sulaiman
Bendahari                  :  Puan Juna anak Narin
Pen. Bendahari         :  Cik Salmah binti Napi



Carta Organisasi PAPNKS 2009

Ketua Pendidik         :  Cik Ainul Ashiqin binti Mohammad
Pen. Ketua Pendidik:  Cik Peron Nanty anak Rupa
Setiausaha                :  Cik Bakti binti Rapili
Pen. Setiausaha       :  Cik Salmah binti Napi
Bendahari                  :  Cik Wan Hamidah binti Wan Hasan
Pen. Bendahari         :  Cik Dayang Norasikin binti Awang Sulaiman
AJK                            :   Cik Masabah binti Taha
                                       Cik Monaliza binti Talip
                                       Cik Sharifah Rashidah binti Syed Md. Zain

Carta Organisasi PAPNKS 2008

Ketua Pendidik         :  Cik Wan Hamidah binti Wan Hasan
Setiausaha                :  Cik Rosmalyeza binti Ismail
Pen. Setiausaha       :  Cik Dayang Norasikin binti Awang Sulaiman
Bendahari                  :  Cik Bakti binti Rapili
Pen. Bendahari         :  Cik Salmah binti Napi


Continue Reading...

Ahad, 11 November 2012

Majlis Mini Konvokesyen Pusat Anak PERMATA Negara Kota Samarahan Yang Ke-5

Pada 10 November 2012 (Sabtu) yang lalu, Majlis Mini Konvokesyen Pusat Anak PERMATA Negara Kota Samarahan yang ke-5 telah diadakan di Dewan Lagenda, Kampung Budaya Sarawak. Majlis ini telah dihadiri dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Wanita & Pembangunan Keluarga.  Majlis ini juga telah ditaja oleh Encik Yakup bin Khalid dan Masszyannz Services, hasil usaha Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik (PIBP), PAPN Kota Samarahan, Encik Sapian bin Tapa.

Majlis ini dihadiri oleh ibu bapa dan anak-anak PERMATA Negara, rombongan Persatuan Bumiputera Bersatu (PBB) Bahagian Samarahan seramai 90 orang, rombongan Pusat Dalam Komuniti (PDK) Bahagian Samarahan seramai 50 orang dengan bantuan daripada pihak RELA seramai 6 orang, para pendidik dan Pembantu Pengurusan Murid PAPN Kota Samarahan.

Aktiviti yang dijalankan adalah tayangan video aktiviti ibu bapa dan anak-anak PERMATA sepanjang tahun 2012, tayangan video aktiviti kenangan ibu bapa dan anak-anak PERMATA 4 tahun sepanjang 2010-2012, penyampaian sijil kepada anak-anak PERMATA 4 tahun yang akan tamat daripada Program PERMATA Negara pada hujung tahun 2012 ini, persembahan tarian anak-anak dan ibu-ibu 4 tahun, pertandingan berkumpulan anak-anak bersama ibu bapa mengikut kategori kumpulan umur. Kumpulan 2 tahun mempersembahkan peragaan pakaian, kumpulan 3 tahun mempersembahkan sketsa lakonan dan tarian dan kumpulan 4 tahun mempersembahkan tarian. Tempat pertama dimenangi oleh kumpulan 2 tahun, tempat kedua dimenangi oleh kumpulan 3 tahun dan tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan 4 tahun.

Seramai 9 orang anak-anak 4 tahun yang akan tamat daripada Program PERMATA Negara pada hujung tahun 2012 ini iaitu Akhmad Ediwi Zakwan bin Faizule, Aleeya Maisara binti Sapian, Awang Adli Zhafran bin Awang Mohamad Salleh, Awang Nazirul Hafiy bin Mohamad Ramadani, Mohammad Hariyth bin Sapian, Muhammad Zafran Aqhil bin Mohamad Farihan, Nur Umniyah binti Mohammad Khalifah Amirul, Rabai'eah binti Sapa dan Raguel Eric Reuel. Tahniah kepada anak-anak 4 tahun ini yang bakal tamat daripada Program PERMATA Negara. Semoga segala aktiviti yang dijalankan dan kenangan yang ada akan dikenang sampai bila-bila. Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa 4 tahun yang telah memberi komitmen dan kerjasama kepada pendidik dan PAPN Kota Samarahan sepanjang berada di PAPN ini.













Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Majlis Mini Konvokesyen Pusat Anak PERMATA Negara Kota Samarahan 2012, yang ke-5 ini.

Continue Reading...

Rabu, 1 Ogos 2012

Aktiviti Pihak Klinik Pergigian

Pada 30 hingga 31 Julai 2012 (Isnin dan Selasa), yang lalu pihak Klinik Pergigian Bahagian Samarahan telah datang ke PAPN untuk menjalankan beberapa aktiviti bersama kanak-kanak 3 dan 4 tahun. Terdapat 4 orang staf pergigian yang telah datang ke PAPN. Aktiviti yang dijalankan adalah ceramah mengenai gigi, latihan memberus gigi dan pemeriksaan gigi.















Continue Reading...

Ahad, 15 Julai 2012

Haiwan Ciptaanku...

Aktiviti haiwan ciptaanku diadakan pada 14 Julai 2012 (Sabtu) yang lalu mengikut tema bulan ini iaitu haiwan. Aktiviti ini diadakan bertujuan merangsang kanak-kanak untuk berfikir haiwan yang mereka ketahui dan cuba untuk menghasilkan haiwan tersebut mengikut kreativiti mereka disamping dengan bantuan ibu bapa. 

Aktiviti ini dijalankan menggunakan bahan-bahan kitar semula seperti surat khabar, botol plastik, kotak, bekas telur dan plastik yang dibawa oleh ibu bapa dan juga beberapa bahan yang disediakan oleh pihak PAPN.

Kanak-kanak turut membantu ibu bapa menghasilkan haiwan ciptaan masing-masing. Aktiviti ini dijalankan dalam 3 kumpulan mengikut kumpulan umur kanak-kanak iaitu 2 tahun, 3 tahun dan 4 tahun. Kanak-kanak turut membantu merenyukkan, menggumpal dan mengoyak kertas surat khabar. Kanak-kanak turut meneka haiwan yang dihasilkan oleh ibu bapa masing-masing di dalam kumpulan tersebut.

Setelah semua selesai menghasilkan haiwan ciptaan masing-masing, wakil ibu bapa bagi setiap kumpulan diminta untuk menerangkan dan menunjukkan hasil ciptaan masing-masing kepada semua kumpulan.

Aktiviti yang terakhir diadakan adalah setiap kumpulan iaitu ibu bapa, kanak-kanak, pendidik dan PPM perlu membuat pergerakan kreatif dengan menggunakan muzik Chicken Dance.
















Continue Reading...

Sabtu, 10 Disember 2011

Gotong-royong keceriaan

Gotong-royong keceriaan telah diadakan pada 10 Disember 2011 (Sabtu). Aktiviti yang diadakan adalah mengecat ruang dalam PAPN, membaik pulih buku cerita, kostum, sofa dan alat muzik serta beberapa tugas dan kerja lain. Terdapat juga kerja-kerja mengecat yang masih belum disiapkan sepenuhnya dan akan disambung pada hari dan masa yang lain.

Terima kasih kepada semua ibu bapa dan warga PAPNKS yang dapat datang meluangkan masa untuk membuat aktiviti di PAPN dan bekerjasama dalam membantu tugas-tugas ibu bapa yang lain walaupun di luar bidang tugas masing-masing. Terima kasih semua...

Continue Reading...
 

PERMATA Kota Samarahan Copyright © 2010 - 2013

:: Weblog ini dikendalikan oleh Cik Ainul Ashiqin Mohammad ::
:: PENAFIAN / DISCLAIMER ::
Sebarang muaturun samada grafik,aplikasi,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri.
Pihak webmaster PAPNKS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang berlaku ketika
menggunakan maklumat di dalam laman web ini.
:: HARAP MAKLUM ::