PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

Rabu, 1 Ogos 2012

Aktiviti Pihak Klinik Pergigian

Pada 30 hingga 31 Julai 2012 (Isnin dan Selasa), yang lalu pihak Klinik Pergigian Bahagian Samarahan telah datang ke PAPN untuk menjalankan beberapa aktiviti bersama kanak-kanak 3 dan 4 tahun. Terdapat 4 orang staf pergigian yang telah datang ke PAPN. Aktiviti yang dijalankan adalah ceramah mengenai gigi, latihan memberus gigi dan pemeriksaan gigi.















Continue Reading...

Ahad, 15 Julai 2012

Haiwan Ciptaanku...

Aktiviti haiwan ciptaanku diadakan pada 14 Julai 2012 (Sabtu) yang lalu mengikut tema bulan ini iaitu haiwan. Aktiviti ini diadakan bertujuan merangsang kanak-kanak untuk berfikir haiwan yang mereka ketahui dan cuba untuk menghasilkan haiwan tersebut mengikut kreativiti mereka disamping dengan bantuan ibu bapa. 

Aktiviti ini dijalankan menggunakan bahan-bahan kitar semula seperti surat khabar, botol plastik, kotak, bekas telur dan plastik yang dibawa oleh ibu bapa dan juga beberapa bahan yang disediakan oleh pihak PAPN.

Kanak-kanak turut membantu ibu bapa menghasilkan haiwan ciptaan masing-masing. Aktiviti ini dijalankan dalam 3 kumpulan mengikut kumpulan umur kanak-kanak iaitu 2 tahun, 3 tahun dan 4 tahun. Kanak-kanak turut membantu merenyukkan, menggumpal dan mengoyak kertas surat khabar. Kanak-kanak turut meneka haiwan yang dihasilkan oleh ibu bapa masing-masing di dalam kumpulan tersebut.

Setelah semua selesai menghasilkan haiwan ciptaan masing-masing, wakil ibu bapa bagi setiap kumpulan diminta untuk menerangkan dan menunjukkan hasil ciptaan masing-masing kepada semua kumpulan.

Aktiviti yang terakhir diadakan adalah setiap kumpulan iaitu ibu bapa, kanak-kanak, pendidik dan PPM perlu membuat pergerakan kreatif dengan menggunakan muzik Chicken Dance.
















Continue Reading...

Sabtu, 10 Disember 2011

Gotong-royong keceriaan

Gotong-royong keceriaan telah diadakan pada 10 Disember 2011 (Sabtu). Aktiviti yang diadakan adalah mengecat ruang dalam PAPN, membaik pulih buku cerita, kostum, sofa dan alat muzik serta beberapa tugas dan kerja lain. Terdapat juga kerja-kerja mengecat yang masih belum disiapkan sepenuhnya dan akan disambung pada hari dan masa yang lain.

Terima kasih kepada semua ibu bapa dan warga PAPNKS yang dapat datang meluangkan masa untuk membuat aktiviti di PAPN dan bekerjasama dalam membantu tugas-tugas ibu bapa yang lain walaupun di luar bidang tugas masing-masing. Terima kasih semua...

Continue Reading...

Khamis, 24 November 2011

Program Kemahiran Keibubapaan

Program ini diadakan pada 23 November 2011 (Selasa) pada jam 1.00 - 2.30 tengahari bertempat di PAPNKS. Program ini dikendalikan oleh Puan Mahanom Basri, penyelia PERMATA. Program ini diadakan adalah untuk memberi peluang ibu bapa mengenali diri masing-masing dan pendedahan kepada ibu bapa mengenai kemahiran atau cara ibu bapa bermain bersama anak mereka dan sekaligus membantu perkembangan anak masing-masing.

Bagi slot yang pertama iaitu "Slot Kenali Diri", ibu bapa dapat mengenali diri masing-masing apabila berhadapan dengan anak sendiri dalam beberapa situasi dan kesan kepada anak di atas situasi yang berlaku.

Bagi slot yang kedua iaitu "Slot Perkembangan Kanak-kanak", ibu bapa menjalani beberapa aktiviti samada secara individu mahupun secara berpasangan. Setiap aktiviti yang dijalankan di dalam program ini turut mengetengahkan dan dikaitkan dengan 6 komponen bidang pembelajaran atau perkembangan anak PERMATA iaitu perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal, perkembangan sahsiah, sosio-emosi dan kerohanian, perkembangan awal matematik dan pemikiran logik, perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran, perkembangan estetika dan kreativiti dan perkembangan fizikal.
















Terima kasih diucapkan kepada Puan Mahanom yang dapat meluangkan masa dan berkongsi ilmu yang sangat berharga kepada semua ibu bapa dan warga PAPNKS. Terima kasih juga diucapkan kepada semua ibu bapa yang dapat meluangkan masa menghadiri program yang diadakan walaupun masa program diadakan adalah waktu yang cukup sibuk bagi yang bekerja. Terima kasih sekali lagi kepada semua pihak dan diharap semua pihak dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi, dipraktikkan dan dijadikan sebagai amalan yang berterusan...

Continue Reading...

Ahad, 30 Oktober 2011

Jom berkelah dan memanggang....

Aktiviti bagi bulan Oktober ialah "Jom berkelah dan memanggang..." yang diadakan pada 30 Oktober 2011 (Ahad). Majoriti ibu bapa yang datang dan membawa ahli keluarga masing-masing untuk memeriahkan lagi aktiviti yang diadakan di PAPNKS. Terdapat juga ibu bapa yang datang membawa makanan dan minuman lain sebagai tambahan selain yang disediakan oleh pihak PAPN. Antara aktiviti yang diadakan ialah anak-anak mandi di kolam sambil ditemani oleh ibu masing-masing dan para bapa pula memanggang di tepi PAPN. Antara yang dipanggang ialah ayam, sosej dan udang. Semua pihak berseronok dan menggunakan masa yang ada untuk meluangkan masa bersama keluarga masing-masing dan bertemu dengan keluarga anak-anak PERMATA yang lain.







Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat bagi memeriahkan dan menjayakan aktiviti ini. Semoga aktiviti yang dijalankan dapat memberi manfaat kepada semua.

Continue Reading...

Ahad, 25 September 2011

Mari ceriakan kawasan luar PAPN...

Aktiviti gotong-royong keceriaan luar PAPN telah diadakan pada 24 September 2011 (Sabtu) yang lalu. Aktiviti ini diadakan bertujuan menambahbaik dan menceriakan kawasan luar PAPN. Antara aktiviti yang dijalankan adalah membuat slot-slot kawasan tanaman, menambak tanah dan batu, mengalih tanaman yang kurang sesuai dan mengatur kawasan tanaman-tanaman tertentu seperti kawasan tanaman sayuran, herba, pokok buah dan pokok bunga.







Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang dapat meluangkan masa dan menyumbang tenaga bagi menjayakan aktiviti ini. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak yang memberi sumbangan tanah, batu sungai dan bata bagi kegunaan aktiviti ini. Terima kasih semua...

Continue Reading...
 

PERMATA Kota Samarahan Copyright © 2010 - 2013

:: Weblog ini dikendalikan oleh Cik Ainul Ashiqin Mohammad ::
:: PENAFIAN / DISCLAIMER ::
Sebarang muaturun samada grafik,aplikasi,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri.
Pihak webmaster PAPNKS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang berlaku ketika
menggunakan maklumat di dalam laman web ini.
:: HARAP MAKLUM ::