PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

Selasa, 11 Januari 2011

Aku Budak Cantik

Rumah terbakar panggil bomba
Bomba datang berlumba-lumba
A=Aku...B=Budak...C=Cantik...
Aku budak cantik...
Continue Reading...

Rolley Polley

Point to the ceiling
Point to the floor
Point to the window
Point to the door
Rolley polley, polley...up, up, up...
Rolley polley, polley...down, down, down...
Rolley polley, polley, slow, slow, slow...
Rolley polley, polley...fast, fast, fast...
Continue Reading...

Fruit Salad

Watermelon (2x)
Papaya (2x)
Banana (2x)
Fruit salad (2x)
Continue Reading...

Tomato

Shake tomato
Shake shake, tomato
Pick tomato
Pick pick, tomato
Wash tomato
Wash wash, tomato
Cut tomato
Cut cut, tomato
Eat tomato
Eat eat tomato
Mmm...delicious...
Continue Reading...

Anak Beruang

Bulat kecil, bulat kecil
Bulatlah besar
Sayang mama
Sayang papa
Sayang semua...
Enam kali, enam kali
Tiga puluh enam
Enam kali, enam kali
Anak beruang...
Continue Reading...

Labah-labah

Satu labah-labah
Cuba panjat perigi
Bila hujan turun
Labah cepat lari
Terbit matahari
Hujan tiada lagi
Labah-labah panjat sekali lagi.
Continue Reading...

Majlis Perasmian Kursus Pendidik Permata Siri 18 & 19

Pihak PAPNKS telah dijemput untuk menghadiri Majlis Perasmian Kursus Pendidik Permata Negara Siri 18 & 19 pada 10 Januari 2011 (Isnin) yang lalu. Majlis ini diadakan di Dewan Auditorium Yayasan Sarawak, Kuching. Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Datin Hajah Fatimah Abdullah, Menteri di Pejabat Ketua Menteri merangkap Pengerusi Majlis Pembangunan Pendidikan Awal Kanak-kanak Sarawak (MPAKS).

Kursus Pendidik Permata Negara Siri 18 & 19 tahun 2011 diadakan pada 9 Januari hingga 3 Februari 2011 bertempat di Yayasan Sarawak, Jalan Sultan Tengah, Kuching. Objektif kursus ini adalah untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran pendidik dalam melaksanakan program pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang berumur 0-4 tahun.

Kursus Pendidik Permata Negara Siri 18 & 19 tahun 2011 adalah anjuran Jabatan Ketua Menteri Sarawak melalui Unit Pembangunan Sumber Manusia dan Kualiti (HRDQ) dengan kerjasama Bahagian PERMATA Jabatan Perdana Menteri, Universiti Putra Malaysia, Yayasan Sarawak dan Biro Perkhidmatan Pendidikan, Majlis Islam Sarawak.














Continue Reading...

Selasa, 4 Januari 2011

Pendaftaran Sesi 2011

Pendaftaran sesi 2011 bagi kemasukan anak baru ke PAPN Kota Samarahan telah diadakan pada 3 Januari 2011 (Isnin) bertempat di PAPN Kota Samarahan.

Pendaftaran dimulakan dengan ibu bapa akan menyemak maklumat pada borang pendaftaran dan menandatangani kehadiran pendaftaran. Ibu bapa kemudiannya diberikan sedikit penerangan dan taklimat oleh Ketua Pendidik dengan dibantu oleh Penolong Ketua Pendidik mengenai segala borang dan dokumen yang perlu diisi dan dilengkapkan serta perlu dikembalikan kepada pihak PAPN semula. Ibu bapa juga diberi taklimat mengenai PERMATA, operasi harian PAPN dan penglibatan ibu bapa 4 jam. Ibu bapa juga diperkenalkan dengan semua pendidik dan Pembantu Pengurusan Murid PAPN.









Selamat menjadi warga PAPN Kota Samarahan kepada keluarga baru PAPN dan menjadi anak PERMATA kepada anak-anak baru yang telah mendaftar. Tahniah diucapkan kepada keluarga dan anak yang telah terpilih untuk mengikuti program PERMATA Negara ini. Manfaatkanlah sebaik mungkin peluang dan ruang yang telah diberikan dan tunaikanlah tanggungjawab yang diberikan. Semoga semua pihak dapat berganding bahu menaikkan lagi nama PERMATA Negara dan memberikan kerjasama dalam segala hal. Tahniah diucapkan. Selamat datang ke Pusat Anak Permata Negara Kota Samarahan...

Continue Reading...

Rabu, 29 Disember 2010

Pendaftaran 2011 & Senarai Nama Anak Kemasukan Baru 2011

Berikut merupakan senarai nama anak kemasukan baru 2011 yang telah terpilih untuk masuk ke Pusat Anak Permata Negara Kota Samarahan:

  1. Amisha Sofia Munawwara binti Taip
  2. Muhammad Fahmi bin Suandi
  3. Nur Rasya Qannieysha bin Eduet
  4. Muhammad Farish Danish bin Mohd Fazli
  5. Syaripah Nor Syammimi binti Wan Anuar
  6. Nur Adlina binti Hamdan
  7. Nur Umniyah binti Mohammad Khalifah Amirul
  8. Aiman Amierool

Pendaftaran adalah pada 3 Januari 2011 (Isnin), bertempat di Pusat Anak Permata Negara Kota Samarahan, jam 9.00 pagi.

Keperluan yang perlu dibawa bersama ketika pendaftaran adalah seperti berikut:

  1. Gambar anak berukuran pasport (2 keping)
  2. Gambar ibu dan bapa berukuran pasport (1 keping)
  3. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa
  4. Salinan slip gaji ibu dan bapa
  5. Salinan sijil lahir anak
  6. Salinan mykid anak
  7. Salinan buku/rekod kesihatan anak

Sekina, terima kasih.

Continue Reading...
 

PERMATA Kota Samarahan Copyright © 2010 - 2013

:: Weblog ini dikendalikan oleh Cik Ainul Ashiqin Mohammad ::
:: PENAFIAN / DISCLAIMER ::
Sebarang muaturun samada grafik,aplikasi,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri.
Pihak webmaster PAPNKS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang berlaku ketika
menggunakan maklumat di dalam laman web ini.
:: HARAP MAKLUM ::