PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

Sabtu, 23 Mac 2013

Majlis Doa Selamat & Sambutan Ulangtahun PAPNKS yang Ke-5

Majlis Doa Selamat dan Sambutan Ulangtahun PAPNKS yang Ke-5 telah diadakan pagi, 23 Mac 2013 bertempat di PAPN Kota Samarahan. Syukur alhamdulillah program tetap dapat dijalankan dan terima kasih di atas kehadiran ibu bapa, ahli keluarga dan anak-anak PERMATA dan pendidik yang dapat meluangkan masa dan meredah hujan rahmat awal pagi tadi. 

Program ini diadakan dengan ucapan Ketua Pendidik, Cikgu Juna dan wakil Pengerusi PIBP, Puan Rosmarlinawatie (Ibu Khaleesh) selaku Setiausaha PIBP untuk memberi ucapan dan makluman kepada ibu bapa serta diteruskan dengan bacaan Surah Yasiin dan bacaan tahlil dengan diketuai oleh Encik Hamdan (Bapa Adlina). 

Terima kasih juga kepada semua pihak yang turut membawa juadah lauk 'potluck' untuk dimakan bersama-sama. Semuanya sedap belaka.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini.




0 ulasan:

Catat Ulasan

 

PERMATA Kota Samarahan Copyright © 2010 - 2013

:: Weblog ini dikendalikan oleh Cik Ainul Ashiqin Mohammad ::
:: PENAFIAN / DISCLAIMER ::
Sebarang muaturun samada grafik,aplikasi,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri.
Pihak webmaster PAPNKS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang berlaku ketika
menggunakan maklumat di dalam laman web ini.
:: HARAP MAKLUM ::