PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

Jumaat, 22 Mac 2013

Ceramah Pergigian & Latihan Memberus Gigi

Pada petang 22 Mac 2013 (Jumaat), pihak jururawat Klinik Pergigian Bahagian Samarahan telah datang ke PAPN Kota Samarahan untuk memberi ceramah pergigian kepada anak-anak PERMATA dan mengadakan latihan memberus gigi kepada anak-anak PERMATA dengan kerjasama ibu bapa mereka.

Ceramah pergigian yang diadakan untuk memberi penerangan mengenai cara penjagaan gigi, kebaikan menjaga gigi, keburukan tidak menjaga gigi, pemilihan makanan dan demonstrasi menggosok gigi kepada anak-anak PERMATA. Latihan memberus gigi yang diadakan untuk memberi peluang kepada anak-anak mengaplikasikan cara menggosok gigi yang telah ditunjukkan oleh jururawat semasa ceramah dan memberi peluang kepada ibu bapa untuk mengajar anak-anak cara menggosok gigi dengan betul.

Antara ibu bapa yang telah datang untuk memberi sokongan dalam aktiviti yang diadakan ialah Puan Annelisa (ibu Nisha), Puan Rahayu (ibu Arianna), Encik Mahathir (bapa Shaqief), Puan Minar (ibu Hamzah), Puan Nur Syafika Wisa (ibu Adry) dan kakak dan abang kepada Afiq.

Terima kasih kepada semua pihak yang turut menjayakan aktiviti yang diadakan dan diharap mendapat manfaat dan menambah pengetahuan sedia ada.







0 ulasan:

Catat Ulasan

 

PERMATA Kota Samarahan Copyright © 2010 - 2013

:: Weblog ini dikendalikan oleh Cik Ainul Ashiqin Mohammad ::
:: PENAFIAN / DISCLAIMER ::
Sebarang muaturun samada grafik,aplikasi,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri.
Pihak webmaster PAPNKS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang berlaku ketika
menggunakan maklumat di dalam laman web ini.
:: HARAP MAKLUM ::