PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

Selasa, 17 Mei 2011

Selamat Hari Guru

Sambutan Hari Guru telah diadakan pada 16 Mei 2011 (Isnin) yang lalu. Sambutan ini diadakan sesama pendidik dan anak-anak PERMATA sahaja. Sambutan yang diadakan hanya kecil-kecilan sahaja. Ini kerana yang penting adalah makna hari tersebut kepada semua pendidik atau cikgu-cikgu PAPNKS yang telah memberikan didikan yang terbaik kepada anak-anak PERMATA yang disayangi dan dikasihi.

Selama 3 tahun PAPNKS ini telah beroperasi, beberapa orang pendidik bersilih ganti datang dan pergi dalam memberi didikan dan asuhan kepada anak-anak PERMATA di sini. Pelbagai pengalaman suka dan duka yang telah ditempuhi sepanjang bergelar pendidik di PAPNKS ini. Karenah anak-anak PERMATA yang pelbagai juga meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh setiap pendidik. Anak-anak PERMATA di sini seperti anak-anak sendiri buat para pendidik dan merupakan ibu bapa yang kedua kepada mereka.

Terima kasih kepada ibu Fahmi yang telah memberikan kek sempena sambutan Hari Guru ini untuk disambut oleh para pendidik bersama anak-anak PERMATA. Terima kasih diucapkan.

Anak-anak PERMATA melihat para pendidik meniup api lilin kek Hari Guru yang diberi oleh ibu Fahmi. Anak-anak turut teruja untuk sama-sama meniup api lilin tersebut.


Para pendidik dan anak-anak PERMATA sama-sama menikmati kek Hari Guru sambil minum petang di ruang luar tepi PAPNKS. Semua berselera dan seronok menikmati juadah yang disediakan.

Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang telah memberikan hadiah sempena sambutan Hari Guru ini. Hadiah yang diberi amat bermakna dan sangat kami hargai.

Terima kasih diucapkan kepada keluarga Adli terutama ibunya yang bertungkus lumus menyiapkan kad Hari Guru yang besar ini buat Cikgu Masabah dan Cikgu Shiqin. Kami sangat terharu dan sungguh berbesar hati menerimanya. Terima kasih sekali lagi.

Sempena sambutan Hari Guru ini, para pendidik ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para ibu bapa yang memberikan kepercayaan kepada kami untuk memberi didikan dan asuhan yang terbaik iaitu melalui belajar sambil bermain kepada anak-anak mereka. Tanpa kepercayaan, sokongan, kerjasama, komunikasi yang baik dan penglibatan ibu bapa dalam program PERMATA di PAPNKS ini, pincang dan rapuhlah kami sebagai para pendidik selaku guru dan ibu bapa kedua kepada anak-anak PERMATA ini. Dengan itu, marilah sama-sama kita meningkatkan dan memperkukuhkan hubungan silaturrahim ini agar program PERMATA dapat memberi manfaat kepada semua terutamanya anak-anak PERMATA yang dikasihi dan disayangi.

Terima kasih semua...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

PERMATA Kota Samarahan Copyright © 2010 - 2013

:: Weblog ini dikendalikan oleh Cik Ainul Ashiqin Mohammad ::
:: PENAFIAN / DISCLAIMER ::
Sebarang muaturun samada grafik,aplikasi,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri.
Pihak webmaster PAPNKS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang berlaku ketika
menggunakan maklumat di dalam laman web ini.
:: HARAP MAKLUM ::