PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

Selasa, 4 Januari 2011

Pendaftaran Sesi 2011

Pendaftaran sesi 2011 bagi kemasukan anak baru ke PAPN Kota Samarahan telah diadakan pada 3 Januari 2011 (Isnin) bertempat di PAPN Kota Samarahan.

Pendaftaran dimulakan dengan ibu bapa akan menyemak maklumat pada borang pendaftaran dan menandatangani kehadiran pendaftaran. Ibu bapa kemudiannya diberikan sedikit penerangan dan taklimat oleh Ketua Pendidik dengan dibantu oleh Penolong Ketua Pendidik mengenai segala borang dan dokumen yang perlu diisi dan dilengkapkan serta perlu dikembalikan kepada pihak PAPN semula. Ibu bapa juga diberi taklimat mengenai PERMATA, operasi harian PAPN dan penglibatan ibu bapa 4 jam. Ibu bapa juga diperkenalkan dengan semua pendidik dan Pembantu Pengurusan Murid PAPN.









Selamat menjadi warga PAPN Kota Samarahan kepada keluarga baru PAPN dan menjadi anak PERMATA kepada anak-anak baru yang telah mendaftar. Tahniah diucapkan kepada keluarga dan anak yang telah terpilih untuk mengikuti program PERMATA Negara ini. Manfaatkanlah sebaik mungkin peluang dan ruang yang telah diberikan dan tunaikanlah tanggungjawab yang diberikan. Semoga semua pihak dapat berganding bahu menaikkan lagi nama PERMATA Negara dan memberikan kerjasama dalam segala hal. Tahniah diucapkan. Selamat datang ke Pusat Anak Permata Negara Kota Samarahan...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

PERMATA Kota Samarahan Copyright © 2010 - 2013

:: Weblog ini dikendalikan oleh Cik Ainul Ashiqin Mohammad ::
:: PENAFIAN / DISCLAIMER ::
Sebarang muaturun samada grafik,aplikasi,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri.
Pihak webmaster PAPNKS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang berlaku ketika
menggunakan maklumat di dalam laman web ini.
:: HARAP MAKLUM ::