PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

Isnin, 13 Disember 2010

Perkelahan & BBQ

PAPNKS telah mengadakan aktiviti perkelahan di kolam PAPN dan aktiviti memanggang "BBQ" bersama semua ibu bapa, anak-anak permata dan keluarga masing-masing. Aktiviti ini diadakan pada 12 Disember 2010 (Ahad) yang lalu. Aktiviti ini bermula seawal jam 8.00 pagi dan selesai lebih kurang jam 12.00 tengah hari.
Sehari sebelumnya, 11 Disember 2010 (Sabtu), para pendidik dan PPM telah membeli segala keperluan dan bahan untuk memanggang dan memerap makanan (ayam dan sosej). Aktiviti membersihkan ayam, mengelar sosej dan memerap ayam serta sosej dijalankan di PAPN. Udang hanya dibeli pada pagi Ahad tersebut dan terus dipanggang.
Terdapat juga beberapa keluarga yang memberi sosej untuk dipanggang, air botol dan beberapa makanan dan minuman lain untuk dijamu dan dikongsi bersama sepanjang aktiviti perkelahan ini.


Emak Elfred dan emak Angelina sama-sama membantu memotong buah tembikai ketika sampai awal di PAPN.


Anak-anak seronok mandi di kolam dan bermain bersama kawan-kawan dan kanak-kanak lain. Mereka gembira bermain dengan buih (body shampoo) yang dimasukkan oleh Cikgu Dayang ke dalam salah satu kolam tersebut.




Para pendidik dan PPM sempat bergambar ketika duduk santai melihat anak-anak mandi kolam dan sambil menunggu ayam, sosej dan udang selesai dipanggang oleh bapa anak-anak.



Para ibu kebanyakannya duduk di bahagian makanan sambil menjaga anak kecil masing-masing dan melihat anak-anak permata yang lain mandi kolam. Para ibu duduk berehat setelah sama-sama membantu menyediakan kelengkapan dan menyusun makanan yang dibawa oleh setiap keluarga yang datang. Suasana kelihatan seperti berjerebu dengan asap dari bahagian memanggang.


Para bapa yang sedang bertungkus-lumus memanggang ayam, sosej dan udang di kawasan hadapan rumah panjang.



Setelah aktiviti memanggang selesai dilakukan, para pendidik dan PPM mengagihkan makanan yang dipanggang kepada setiap keluarga. Kemudian, barulah semua sedia menjamu selera dengan segala makanan dan minuman yang telah disediakan oleh pihak PAPN dan juga daripada setiap keluarga yang datang.

Ada keluarga yang duduk di kawasan meja dan kerusi kanak-kanak, ada yang duduk di atas tikar dan juga surat khabar. Suasana yang meriah ditambah pula apabila semua sudah lapar menunggu makanan yang dipanggang dan menanti untuk makan bersama keluarga masing-masing.






Para pendidik dan PPM juga tidak ketinggalan untuk menjamu selera. Suami Cikgu Juna juga turut datang untuk memeriahkan lagi aktiviti ini.







Setelah semua selesai menjamu selera, semua pihak bersama-sama membersih dan mengemas segala peralatan yang digunakan dan kawasan sekitar PAPN.



Alhamdulillah aktiviti telah selesai dijalankan dan berjalan dengan lancar. Terima kasih di atas kerjasama dan sumbangan semua pihak dalam menjayakan aktiviti ini. Semoga aktiviti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang. Semoga semuanya berpuas hati dan gembira sepanjang aktiviti dijalankan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

PERMATA Kota Samarahan Copyright © 2010 - 2013

:: Weblog ini dikendalikan oleh Cik Ainul Ashiqin Mohammad ::
:: PENAFIAN / DISCLAIMER ::
Sebarang muaturun samada grafik,aplikasi,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri.
Pihak webmaster PAPNKS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang berlaku ketika
menggunakan maklumat di dalam laman web ini.
:: HARAP MAKLUM ::