PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

Isnin, 13 Disember 2010

Melawat Keluarga Anak Permata

Para pendidik dan PPM PAPNKS telah melawat beberapa buah keluarga anak permata yang baru menerima ahli baru dalam keluarga mereka. Segala sumbangan hamper adalah sumbangan bersama oleh para pendidik, PPM dan juga staf PAPNKS. Terdapat 3 siri lawatan yang dilakukan oleh pihak PAPN iaitu pada 30 Oktober 2010 (Sabtu), 11 Disember 2010 (Sabtu) dan 12 Disember 2010 (Ahad). Tahniah kepada semua keluarga permata yang telah menerima ahli baru dalam keluarga mereka.

Bagi siri lawatan yang pertama iaitu pada 30 Oktober 2010 (Sabtu), para pendidik, PPM dan staf PAPNKS telah melawat keluarga Kimi Christiano yang baru menerima keluarga baru iaitu Kenneith Binggah pada 14 Oktober 2010 yang lalu.


Bagi siri lawatan yang kedua iaitu pada 11 Disember 2010 (Sabtu) yang lalu, para pendidik, PPM dan staf PAPNKS sempat melawat 5 buah rumah keluarga anak permata. Lawatan yang pertama ke rumah keluarga Akhmad Ediwi Zakwan yang baru menerima ahli baru iaitu Asraf Izzuddin pada 28 November 2010 yang lalu.

Lawatan yang kedua adalah ke rumah keluarga Mohammad Hariyth yang juga baru menerima ahli baru iaitu Mohammad Irsyadz pada 5 November 2010 yang lalu.


Lawatan yang ketiga adalah ke rumah keluarga Nurliyana yang juga telah mendapat ahli baru iaitu Muhammad Faiz Ikhwan pada 5 Disember 2009.


Lawatan yang keempat adalah ke rumah keluarga Mirza yang juga telah mendapat ahli baru iaitu Marsya pada 22 April 2010 yang lalu.


Lawatan yang kelima adalah ke rumah keluarga Fidel Silok yang juga baru mendapat ahli baru iaitu Fileaya Inyam pada 27 November 2010 yang lalu.


Pada 12 Disember 2010 yang lalu, para pendidik dan PPM telah melawat keluarga Nurshafiqa yang baru mendapat ahli baru pada 9 Disember 2010 yang lalu. Bayi perempuan tersebut masih belum diberikan nama lagi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

PERMATA Kota Samarahan Copyright © 2010 - 2013

:: Weblog ini dikendalikan oleh Cik Ainul Ashiqin Mohammad ::
:: PENAFIAN / DISCLAIMER ::
Sebarang muaturun samada grafik,aplikasi,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri.
Pihak webmaster PAPNKS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang berlaku ketika
menggunakan maklumat di dalam laman web ini.
:: HARAP MAKLUM ::