PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

Isnin, 21 Jun 2010

Nature Walk

Nature walk ini dilakukan pada waktu pagi oleh Cikgu Shiqin dengan Cikgu Mas bersama-sama dengan anak 1-2 tahun seramai 10 orang. Aktiviti ini dijalankan di sekitar PAPNKS. Anak-anak dibawa berjalan di sekeliling PAPNKS sambil melihat pemandangan sekitar PAPNKS dan pemandangan luar. Anak-anak dibawa berjalan tanpa alas kaki disebabkan untuk merasa tekstur dan perbezaan setiap laluan yang dipijak seperti rumput, batu, pasir, tanah, rubber mat dan simen. Anak-anak akan dibawa melalui kawasan berumput di sekitar rumah panjang yang mempunyai kawasan berbukit sedikit di bahagian belakangnya. Ini juga untuk melihat cara anak-anak berjalan di kawasan bukan tanah rata dan mengimbangkan badannya ketika berjalan.


Sambil berjalan, anak-anak akan dibiarkan dengan pengawasan pendidik untuk meneroka setiap yang ditemui dan dilalui oleh mereka. Anak-anak akan memegang dan menyentuh pokok, rumput, bunga dan batu.



Anak-anak akan dibawa untuk melihat bunga yang pelbagai warna, nama dan baunya. Pendidik akan menerangkan dan menamakan benda-benda yang ditemui oleh mereka.


Anak-anak juga dibawa ke kawasan tanaman herba untuk melihat jenis herba yang ditanam. Anak-anak akan cuba menyentuh apa yang dilihat oleh mereka. Mereka akan mengetahui rupa bentuk herba yang mempunyai duri apabila dipegang, terasa sakit disebabkan durinya yang tajam seperti pokok aloevera. Ini akan membuatkan mereka akan lebih berhatihati lain kali apabila hendak menyentuhnya.


Mereka juga dibawa ke kawasan tanaman sayuran yang berada di tepi PAPNKS. Anak-anak akan cuba mencabut daunnya kerana tertarik melihat bentuk daunnya yang berbeza bentuk di antara setiap sayuran di situ.


Nature walk baik dijalankan pada waktu pagi supaya anak-anak dapat menghirup udara segar pada waktu pagi dan secara anak-anak juga dapat membuat aktiviti fizikal apabila dapat menggerakkan semua otot-otot badan mereka ketika berjalan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

PERMATA Kota Samarahan Copyright © 2010 - 2013

:: Weblog ini dikendalikan oleh Cik Ainul Ashiqin Mohammad ::
:: PENAFIAN / DISCLAIMER ::
Sebarang muaturun samada grafik,aplikasi,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri.
Pihak webmaster PAPNKS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang berlaku ketika
menggunakan maklumat di dalam laman web ini.
:: HARAP MAKLUM ::