PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

Jumaat, 30 Julai 2010

Pemeriksaan Kesihatan 2

Pada 29 Julai 2010 (Khamis) yang lalu, pihak PAPNKS telah meminta pihak kesihatan untuk datang membuat pemeriksaan terhadap anak-anak permata. Pemeriksaan kali ini lebih bertumpu kepada pemeriksaan kulit anggota badan, tangan, kaki dan mulut. Ini kerana terdapat beberapa orang anak yang mengalami kegatalan pada kulit anggota badan yang agak banyak dan seorang demi seorang yang mengalaminya.







Pihak kesihatan kelihatan sibuk mengisi buku kesihatan anak permata setelah membuat pemeriksaan terhadap mereka.


Pihak kesihatan sedang merekod dan mengemaskini maklumat anak permata dan hasil pemeriksaan yang telah dijalankan.


Setelah pemeriksaan dijalankan tiada sakit kulit yang agak berbahaya kepada anak-anak. Kebanyakannya lebih kepada alahan gigitan nyamuk, persekitaran dan penggunaan pampers. Terima kasih kepada pihak kesihatan yang dapat meluangkan masa untuk membuat pemeriksaan kepada anak-anak permata walaupun permohonan yang dilakukan oleh pihak PAPN agak singkat masanya. Ribuan terima kasih diucapkan.
Continue Reading...
 

PERMATA Kota Samarahan Copyright © 2010 - 2013

:: Weblog ini dikendalikan oleh Cik Ainul Ashiqin Mohammad ::
:: PENAFIAN / DISCLAIMER ::
Sebarang muaturun samada grafik,aplikasi,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri.
Pihak webmaster PAPNKS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang berlaku ketika
menggunakan maklumat di dalam laman web ini.
:: HARAP MAKLUM ::