PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

Sabtu, 12 Jun 2010

Selamat Jalan Cikgu Peron


12 Jun 2010 (Sabtu) merupakan hari keberangkatan Cikgu Peron ke Kerteh, Terengganu. Penerbangan Cikgu Peron seawal 6.00 pagi dari Kuching. Cikgu Shiqin, Cikgu Mas, Cikgu Mona, Cikgu Sha dan Cikgu Dayang tiba di Lapangan Terbang Kuching lebih kurang pada pukul 5.00 pagi untuk menghantar pemergian Cikgu Peron. Seawal 5.30 pagi Cikgu Peron sudah masuk ke balai berlepas. Semoga perjalanan Cikgu Peron sebagai pendidik dan Ketua Pendidik di PAPN Kerteh menjadi pengalaman yang sangat berharga dalam hidupnya sebagai warga pendidik PERMATA.

Semua pendidik dan PPM sedang menuju ke Lapangan Terbang Kuching yang lengang pada awal pagi.



Sedang menuju ke tingkat 2 untuk ke balai berlepas berjumpa dengan Cikgu Peron yang menunggu bersama ahli keluarganya.




Cikgu Shiqin, Cikgu Dayang, Cikgu Mona, Cikgu Peron, Cikgu Mas dan Cikgu Sha bergambar bersama sebagai kenangan sebelum Cikgu Peron masuk ke balai berlepas.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

PERMATA Kota Samarahan Copyright © 2010 - 2013

:: Weblog ini dikendalikan oleh Cik Ainul Ashiqin Mohammad ::
:: PENAFIAN / DISCLAIMER ::
Sebarang muaturun samada grafik,aplikasi,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri.
Pihak webmaster PAPNKS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang berlaku ketika
menggunakan maklumat di dalam laman web ini.
:: HARAP MAKLUM ::