PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

Rabu, 23 Jun 2010

Program PERMATA diambil alih dua kementerian mulai 2012: Rosmah

Berita Harian Online (Rabu, 23 Jun 2010)

Program Permata diambil alih dua kementerian mulai 2012: Rosmah


2010/06/22

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan hanya mengambil alih pelaksanaan Program Permata Negara mulai 2012 iaitu selepas dua akta berkaitan dipinda di Dewan Rakyat, kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Rosmah yang juga Penaung Program Permata Negara berkata, mengikut perancangan awal, pengambilalihan itu dilaksanakan pada Mac tahun depan, tetapi pindaan kepada Akta Pelajaran 1996 dan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 memerlukan masa untuk diperhalusi.

"Kementerian Pelajaran akan mengambil alih program seperti pendidikan dan penjagaan kanak-kanak, namun pemantauan kekal oleh pihak Majlis dan jawatankuasa yang telah ditubuhkan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pelaksanaan pemerkasaan program Permata Negara di kediamannya di sini, hari ini.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pula akan mengambil alih pengendalian Taska. Rosmah berkata, program Permata bagaimanapun tetap dipantau oleh Majlis Pelaksanaan Program Permata yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan Jawatankuasa Kerja Pemantauan Program Permata yang dipengerusikan oleh beliau sendiri. Katanya, perincian pelan pengambilalihan itu melibatkan aspek bidang kuasa agensi terlibat termasuk penyediaan tenaga pendidik Permata yang terlatih.

Beliau berkata, sebahagian Taska Kemas dan Taska Perpaduan telah mematuhi pendekatan kurikulum yang digunapakai oleh Permata Negara. Mengenai rancangan memperkasakan Program Permata Rosmah berkata ia membabitkan pembinaan dan penaiktarafan 70 buah Taska Kemas, 27 buah Taska Perpaduan, lapan buah Taska Jabatan Ketua Menteri Sarawak dan 20 buah Taska Tempat Kerja/Komuniti.

Berhubung latihan tenaga pendidik Permata beliau berkata beberapa elemen baru ditambah dalam latihan itu seperti pemikiran kreatif dan kritis, pendidikan pelbagai budaya, pengenalan muzikal dan memupuk semangat cintakan negara. Rosmah juga berkata, taska swasta yang berminat menggunapakai kurikulum Permata Negara boleh memohon lesen melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ataupun Kementerian Pelajaran untuk berbuat demikian. - BERNAMA


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

PERMATA Kota Samarahan Copyright © 2010 - 2013

:: Weblog ini dikendalikan oleh Cik Ainul Ashiqin Mohammad ::
:: PENAFIAN / DISCLAIMER ::
Sebarang muaturun samada grafik,aplikasi,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri.
Pihak webmaster PAPNKS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang berlaku ketika
menggunakan maklumat di dalam laman web ini.
:: HARAP MAKLUM ::