PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

Jumaat, 18 Jun 2010

Pemantauan daripada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

Pada 17 dan 18 Jun 2010 (Khamis dan Jumaat), Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti telah melaksanakan pemantauan Program PERMATA Negara di Pusat Anak PERMATA Negara Kota Samarahan. Seramai 3 orang Nazir Sekolah yang telah datang untuk memantau iaitu Cik Junaidah binti Saili (Nazir Sekolah cawangan Sibu), Encik Liew Kim Loi dan Encik Bakar bin Ahim. Perjumpaan pembukaan dijalankan pada 17 Jun 2010, lebih kurang pada pukul 9.15 pagi dan perjumpaan penutupan dijalankan pada 18 Jun 2010, lebih kurang pada pukul 10.00 pagi diadakan di dalam pejabat PAPNKS.

Objektif pemantauan ini bertujuan untuk menaksir sejauh mana:
  • PAPN diurus secara sistematik
  • proses pendidikan kanak-kanak dilaksanakan mengikut Standard Operating Procedure (SOP)
  • tingkah laku positif Anak PERMATA Negara bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak dan
  • kesediaan ibu bapa melibatkan diri dalam aktiviti PAPN.
Perjumpaan penutupan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti bersama Ketua Pendidik dan Pendidik 1 di dalam pejabat PAPNKS.


Perjumpaan penutupan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti bersama Ketua Pendidik dan Pendidik 1 di dalam pejabat PAPNKS.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

PERMATA Kota Samarahan Copyright © 2010 - 2013

:: Weblog ini dikendalikan oleh Cik Ainul Ashiqin Mohammad ::
:: PENAFIAN / DISCLAIMER ::
Sebarang muaturun samada grafik,aplikasi,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri.
Pihak webmaster PAPNKS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang berlaku ketika
menggunakan maklumat di dalam laman web ini.
:: HARAP MAKLUM ::