PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

Jumaat, 30 April 2010

Sambutan Hari Lahir Pendidik


Hari Jumaat, 30 April 2010 diadakan sambutan hari lahir pendidik di PAPNKS. Terdapat 3 orang pendidik yang lahir pada bulan April, iaitu Cikgu Shiqin, Cikgu Mas dan Cikgu Sha. Oleh itu, pendidik-pendidik mengadakan sambutan hari lahir pendidik bersama kanak-kanak di PAPNKS. Ibu bapa juga turut diundang untuk menyambut bersama.


Pendidik-pendidik dan PPM menyediakan kek hari lahir, goodies, minuman dan makanan untuk majlis ini. Cikgu Sha juga turut menyediakan topeng muka, topi hari lahir dan alat mainan jenis tiup kepada kanak-kanak. Ibu bapa juga turut menyumbang menyediakan makanan untuk majlis ini. Terdapat beberapa orang ibu bapa yang turut hadir ketika majlis ini diadakan.

Kek hari lahir pendidik telah disumbangkan oleh para pendidik dan PPM untuk dinikmati bersama anak-anak dan ibu bapa yang hadir.


Cikgu Sha sedang memakaikan topeng muka pada Amalludin sambil diperhatikan oleh Alex dan Benjamin di ruang luar hadapan pintu masuk utama PAPN yang mengadap kolam dan jambatan gantung.


Anak-anak dan ibu bapa sudah mula berkumpul di ruang luar hadapan PAPN. Semua masih menanti mee hoon goreng yang hampir siap disediakan di dapur oleh tukang masak PAPN.


3 orang pendidik yang menyambut hari lahir bersedia untuk memotong kek dengan dikelilingi oleh anak-anak PERMATA di ruang makan luar PAPN. Emak Aqhil juga bersedia untuk mengambil gambar kek hari lahir tersebut.


Aiman dan Ikhwan seronok bermain dengan tiup mainan yang diberi dan disediakan oleh Cikgu Sha. Anak-anak lain sedang asyik memerhatikan emak Alisya memotong kek.


Cikgu Shiqin, Cikgu Sha dan Cikgu Mas sedang mengagih dan memberi goodies kepada semua anak-anak di ruang tamu PAPN setelah semua selesai makan bersama ibu bapa masing-masing.


Kerja-kerja mengemas mula dilakukan oleh para emak setelah jamuan makan selesai dan anak-anak berada di ruang tamu PAPN untuk menikmati goodies yang diberi oleh para pendidik. Emak Hafiy sedang menyapu lantai manakala emak Dayana sedang membuat bancuhan serbuk pencuci untuk mencuci peralatan yang digunakan semasa jamuan makan.


Emak Dayana, emak Shasha dan emak Aiman sedang mencuci peralatan jamuan makan di ruang luar PAPN bersebelahan dengan kawasan parkir kereta. Aiman turut menemani emaknya membuat kerja walaupun cuaca agak panas. Terdapat beberapa emak yang lain turut membuat kerja di dapur dan bersama anak di dalam PAPN.


Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang turut melancarkan dan menjayakan majlis ini dengan sebaik mungkin, samada secara langsung mahupun secara tidak langsung.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

PERMATA Kota Samarahan Copyright © 2010 - 2013

:: Weblog ini dikendalikan oleh Cik Ainul Ashiqin Mohammad ::
:: PENAFIAN / DISCLAIMER ::
Sebarang muaturun samada grafik,aplikasi,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri.
Pihak webmaster PAPNKS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang berlaku ketika
menggunakan maklumat di dalam laman web ini.
:: HARAP MAKLUM ::