PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

Jumaat, 30 April 2010

Pemeriksaan Kesihatan Kanak-kanak

Pada hari Rabu, 28 April 2010 pihak Klinik Kesihatan Bahagian Samarahan telah datang ke PAPN untuk membuat pemeriksaan kesihatan kepada anak-anak PERMATA Kota Samarahan. Seramai 5 orang pihak Klinik Kesihatan Bahagian Samarahan yang telah datang dan diketuai oleh Encik Makie Thung. Seramai 39 orang kanak-kanak yang diperiksa pada hari tersebut dan seorang yang tidak hadir. Pada hari Jumaat, 30 April 2010 pihak Klinik Kesihatan Bahagian Samarahan telah datang sekali lagi untuk membuat pemeriksaan terhadap seorang lagi kanak-kanak yang tidak hadir dan tidak diperiksa ketika pemeriksaan pada hari Rabu, 28 April 2010.

Kanak-kanak diperiksa dari segi ukur lilit kepala, berat, ketinggian, suhu badan, kadar denyutan jantung, pernafasan, kawasan perut dan dada, alahan, tangan, kuku dan telinga. Bagi kanak-kanak lelaki, mereka diperiksa dengan lebih teliti di kawasan bahagian alat sulit mereka untuk memastikan tiada apa-apa masalah atau kemungkinan yang akan timbul.

Hampir semua ibu bapa yang telah datang menemani anak masing-masing untuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Sokongan, tanggung jawab dan kerjasama yang diberikan oleh pihak ibu bapa sangat dialu-alukan bagi menjayakan program dan aktiviti ini. Walaupun pihak klinik tiba agak lewat kerana masih ada tugas di tempat lain, pihak ibu bapa masih sanggup menunggu dan memberikan kerjasama sepanjang masa.

Keramahan, keceriaan keprihatinan dan tanggung jawab yang ditunjukkan dan dipamerkan oleh pihak Klinik Kesihatan membuatkan semua pihak selesa bekerjasama samada dari pihak PAPN, ibu bapa dan juga anak-anak PERMATA. Persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh pihak ibu bapa dan warga pendidik diterangkan sebaik mungkin dan penuh berhemah oleh pihak Klinik Kesihatan.

Warga pendidik dan staf PAPNKS juga bekerja bertungkus-lumus bagi menjayakan program ini. Semua pihak bergabung tenaga bagi melaksanakan tugas masing-masing yang telah diagihkan agar peranan masing-masing dapat dipertingkatkan dan dilaksanakan sebaik mungkin. Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Sha yang menjadi jurugambar pada Hari Pemeriksaan Kesihatan ini. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang membantu menjayakan program ini samada secara langsung mahupun secara tidak langsung.




Pihak Klinik Kesihatan Bahagian Samarahan bersama pendidik-pendidik dan seorang anak PERMATA




Ketua Pendidik membantu Encik Makie Thung di kawasan pemeriksaan dari segi buku rekod kesihatan kanak-kanak


Kanak-kanak lelaki dengan ditemani oleh emaknya diperiksa di bahagian alat sulit mereka oleh pihak Klinik Kesihatan


Perbincangan ibu bapa bersama pihak Klinik Kesihatan


Pendidik (Cikgu Mona dan Cikgu Peron) memastikan kanak-kanak bersama ibu bapa masing-masing dipanggil mengikut giliran untuk pemeriksaan


Kanak-kanak sedang menunggu giliran untuk diperiksa oleh pihak Klinik Kesihatan


Kanak-kanak sedang diukur lilitan kepalanya


Kanak-kanak sedang diperiksa kadar denyutan jantungnya


Kanak-kanak sedang diperiksa kuku dan tangannya


Perbincangan oleh Encik Makie Thung bersama Ketua Pendidik (Cikgu Shiqin) dan Penolong Ketua Pendidik (Cikgu Mas)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

PERMATA Kota Samarahan Copyright © 2010 - 2013

:: Weblog ini dikendalikan oleh Cik Ainul Ashiqin Mohammad ::
:: PENAFIAN / DISCLAIMER ::
Sebarang muaturun samada grafik,aplikasi,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri.
Pihak webmaster PAPNKS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang berlaku ketika
menggunakan maklumat di dalam laman web ini.
:: HARAP MAKLUM ::