PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN

Isnin, 4 Januari 2010

Hari Pendaftaran Sesi 2010 (4 Januari 2010)



Sesi pendaftaran bermula pada jam 8.30 pagi. Ibu bapa mula tiba di PAPNKS seawal jam 8.00 pagi. Seramai 30 orang anak PERMATA yang baru, mendaftar pada hari tersebut bersama ibu bapa masing-masing. Ibu bapa perlu meneliti dan mengesahkan segala maklumat yang terkandung di dalam borang pendaftaran mengenai maklumat anak dan ibu bapa sebelum menandatangani borang tersebut.


Ibu bapa perlu menyerahkan keperluan yang diperlukan pada hari pendaftaran iaitu salinan sijil kelahiran anak, salinan mykid, salinan kad pengenalan ibu dan bapa, salinan slip gaji ibu dan bapa, 2 keping gambar anak yang berukuran saiz pasport dan 1 keping gambar ibu dan bapa yang berukuran saiz pasport. Setelah selesai penyerahan keperluan pendaftaran, barulah pendidik memberikan fail PERMATA yang mengandungi buku panduan ibu bapa, borang pendaftaran, Surat Aku Janji, buku kesihatan anak dan buku laporan penglibatan ibu bapa yang perlu diisi.


Ibu bapa akan diterangkan segala bahan yang terkandung di dalam fail PERMATA, termasuklah cara mengisi, bahagian yang perlu diisi, segala syarat dan segala kenyataan di dalam buku panduan ibu bapa dan di dalam Surat Aku Janji.


Ketibaan pihak Ahli-Ahli Majlis Pembangunan Pendidikan Awal Kanak-kanak Sarawak (MPAKS) yang diketuai oleh Yang Berhormat Datin Hajah Fatimah Abdullah, pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, pihak Pejabat Pelajaran Daerah Samarahan dan wartawan iaitu seramai 32 orang pada jam 8.30 pagi untuk Lawatan Orientasi. Ketua Pendidik memberikan sedikit taklimat kepada semua tetamu sebelum dibawa masuk ke dalam PAPN untuk melihat suasana hari pendaftaran di PAPNKS. Rombongan lawatan balik sekitar jam 10.00 pagi setelah selesai melihat suasana hari pendaftaran, melawat sekitar PAPNKS dan menikmati sedikit juadah ringan.


Ketua Pendidik memberikan taklimat kepada semua ibu bapa dan mengadakan sesi soal jawab setelah semua ibu bapa selesai mendaftar. Kemudian, ibu bapa dipecahkan kepada tiga kumpulan mengikut umur anak masing-masing iaitu 1-2 tahun, 2-3 tahun, 3-4 tahun. Sesi soal jawab ibu bapa bersama pendidik untuk mengetahui dengan lebih terperinci mengenai PERMATA dan PAPN Kota Samarahan.


Setelah selesai sesi taklimat, penerangan dan soal jawab, ibu bapa dan anak-anak dijamu dengan sedikit juadah ringan.


Antara warga PAPNKS yang bertungkus-lumus menjayakan Hari Pendaftaran bagi kemasukan baru Sesi 2010. (Dari kiri: Cikgu Intan, Cikgu Shiqin, Cikgu Dayang, Cikgu Sha dan Cikgu Mas). Cikgu Peron, Cikgu Mona dan Cikgu Bakti yang tidak ada di dalam gambar. Terima kasih di atas sumbangan tenaga dan masa yang diberikan daripada semua warga PAPNKS. Syabas dan tahniah.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

PERMATA Kota Samarahan Copyright © 2010 - 2013

:: Weblog ini dikendalikan oleh Cik Ainul Ashiqin Mohammad ::
:: PENAFIAN / DISCLAIMER ::
Sebarang muaturun samada grafik,aplikasi,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri.
Pihak webmaster PAPNKS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang berlaku ketika
menggunakan maklumat di dalam laman web ini.
:: HARAP MAKLUM ::